"Awat (mengapa) laa orang Melayu jahat sangat!!!" kata seorang lelaki warga emas ketika dia sedang membelek-belek akhbar di luar Pasar Besar Alor Setar pada pagi Ahad lepas.
JR menatap wajah pakcik...(tak tau nama) yang sedang membelek akhbar BH. Rupanya pak cik itu sedang membaca beberapa insiden yang berlaku ketika perhimpunan ambang merdeka di Dataran Merdeka baru-baru ini:
. Beberapa pemuda memijak gambar Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah Mansor serta menunjuk punggung kepada gambar kedua-dua pemimpin negara kita itu.
. Beberapa pemuda mengibarkan bendera merah putih dan bukan bendera negara kita, Jalur Gemilang. Kata orang bendera merah putih yang mereka kibar itu menyerupai bendera Umno yang juga merah putih, ada yang kata macam bendera merah putih Singapura, ada yang kata ia adalah bendera Sang Saka Malaya, iaitu bendera pertama negara kita sebelum jalur gemilang dicipta..
JR seperti pak cik itu juga tak setuju dengan tindakan-tindakan tak cerdik itu. Yang tak seronoknya kebanyakan wajah mereka yang buat kacau di malam merdeka itu nampak macam muka Melayu.
Mengapa Melayu suka buat kacau...jahat sangatkah orang Melayu?
Belum lagi habis cerita "Melayu jahat" di malam merdeka seperti yang disuarakan oleh pak cik itu, tiba-tiba timbul lagi beberapa berita lepas itu...juga tentang '"kejahatan Melayu":
. Bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjelajahannya ke seluruh negara diserang ketika sedang parkir di Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu pada malam 1 September. Cermin bas dipecah dan disimbah dengan cat merah.
. Sekumpulan NGO Melayu berbaju hitam menceroboh Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar malam tadi. Mereka melempar batu dan kasut ke dalam masjid ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah selepas solat Maghrib di masjid itu. Penceroboh-penceroboh masjid itu juga menutup suis lampu, mematikan kipas dan menghalau imam keluar daripada masjid.
foto kejadian gangster Melayu menyerang Masjid Pumpong...
Kejadian yang menampakkan "Melayu jahat" di malam ambang merdeka - pijak gambar pemimpin negara, tunjuk punggung pada gambar pemimpin, kibar bendera merah putih dan bukan jalur gemilang, rosakkan bas di Kota Bharu dan serang masjid di Alor Setar bukanlah perkara baru, kerana akhir-akhir ini banyak sangat kejadian yang memalukan melibatkan Melayu telah berlaku. Sebelum ini satu kumpulan NGO Melayu di Kuala Lumpur pernah menari-nari di depan rumah seorang pemimpin wanita India sambil menunjuk-nunjuk punggung mereka yang penuh lemak itu. Mungkin pemuda yang tunjuk punggung kepada gambar Datuk Seri Najib di malam ambang merdeka nak tiru perbuatan "atok"nya yang buat perkara yang sama kepada pemimpin wanita India beberapa bulan lalu.
Pening kepala JR dengan pelbagai cerita politik mutakhir ini. Yang paling memalukan semuanya membabitkan Melayu: yang pijak gambar pemimpin adalah Melayu, yang kibar bendera merah putih adalah Melayu, yang serang bas di Kota Bharu adalah Melayu, yang serang masjid dan baling kasut ke dalam masjid di Alor Setar juga adalah Melayu dan orang-orang tua yang beramai-ramai tayang punggung kepada pemimpin wanita India di Kuala Lumpur juga adalah Melayu.
Sapa ajar orang Melayu begitu biadab??
Kerana politik orang Melayu jadi jahat dan biadab?
Nasib baik JR bukan ahli mana-mana parti politik...
Sbb melayu pendek akal kot. hehehe..
ReplyDeletenie la kalo dah taksub sangat dengan politik...cam2x boleh jadi...
ReplyDeletekita melayu yang beragama Islam ada adat, budi biacara jangan dok men terjah @ serang membuta tuli...Apa yang terbaik adalah dengan kita mendoakan yang terbaik kepada pemimpin2x kita tak kira la kerajaan @ pembangkang serta berdplomasi secara baik...
Ni yg saya pun tak tau dh nk cakap mcmmana ni....dunia dh maju tp ada saja perkara yg bikin malu....
ReplyDelete