»

01 September 2012

Tolong..Tolong.. Jangan Bunuh Aku!!!


Aku sudah lama tak ada kerja. Hari malang itu sudah berbulan berlalu sejak aku hilang kerja akibat dasar bank tempatku kerja untuk mengurangkan tenaga kerjanya. Bertahun aku menjadi Senior Assistant Manager, tiba-tiba di satu hari malang aku diminta jangan datang kerja lagi minggu depan. Apa mereka pikir seminggu notis dah cukup untuk aku mencari kerja baru?? Mak bapa aku di kampung pasti sedih kerana mereka menghabiskan banyak duit untuk menghantar aku ke IPTA tersohor di negara ini, dah hampir nak jadi manager, tapi tiba-tiba kena tendang dari bank. Memanglah aku dapat pampasan, tapi percayalah pampasan tak seberapa itu akan habis tak sampai pun enam bulan.

Di rumah aku merahsiakan berita malang kena buang kerja itu dari isteriku yang cantik lagi seksi (terutama di malam hari) tu. Bukan tak percayakan kesetiaannya, tapi dengan rupa menyerupai Siti Saleha, kulit putih gebu melepak, pinggang 22 inci bak kerengga dan segalanya yang sempurna, aku sangat takut boy friend lamanya akan menghampiri dia jika tahu nasib lakinya yang dah tak ada kerja ni. X-boy friendnya belum kawin, anak Datuk dan ada business yang berjaya...aku sangat cemburu dan takut!! Bukan saja x-boy friendnya, 'Siti Saleha' isteriku dengan wajah menawannya itu  boleh juga jatuh ke tangan lelaki-lelaki mata keranjang lain terutama Datuk dan Tan Sri-Tan Sri tak guna tu. Teringat bila aku bawa isteriku ke jamuan raya di bank tempat aku bekerja tahun lepas, banyak mata lelaki yang menjeling isteriku...terliurlah tu!! Staf-staf perempuan pula berbisik kepadaku, "Cantiknya isteri Cik Jeff, dia pakai losyen apa hingga kulit mukanya sehalus sutera??"

Kini dah berbulan aku tak ada kerja. Pagi-pagi aku keluar rumah seperti biasa, seolah-olah pergi kerja (nak menipu isteri), tapi sebenarnya bukan pergi kerja tapi pergi cari kerja. Namun puas cari kerja masih tak dapat kerja. Tak lakukah ijazah aku ni, sedang ia bukan ijazah palsu USM? Tak kan dengan ijazah akaunting kelas satu aku nak cari kerja sebagai buruh kutip sampah Majlis Bandaran pula??

Suatu hari pusing punya pusing cari kerja aku sampai di Zoo Negara. Untuk release tension aku beli tiket masuk ke zoo. Mungkin tengok binatang hilang sikit rasa resah hilang kerja ni. 

Tiba-tiba di suatu sudut aku terlihat iklan jawatan kosong di Zoo Negara. Jawatan akauntan pun ada...ini peluang terbaik aku mencuba nasib!! Nasib baik aku memang pakai smart hari tu, maklumlah keluar rumah pun dengan niat nak cari kerja, mestilah pakai smart. Aku pun pergi ke pejabat zoo.

Seorang pekerja pejabat membawaku menemui boss mereka di Unit Human Resources. Malangnya aku diberitahu oleh Encik M jawatan akauntan dah diisi.

Tapi ada satu jawatan yang katanya aku boleh cuba. Kalau aku mahu esok boleh start kerja...

Esoknya awal-awal lagi aku dah keluar memulakan kerja di Zoo Negara. Aku dipakaikan kostum berbentuk gorilla kerana kerjaku kini ialah menyamar sebagai gorilla untuk menghiburkan pengunjung zoo. Sebenarnya gorilla bernama 'Hulk' telah mati akibat kolera dua minggu lepas. Sebelum ini beberapa orang telah ditawarkan jawatan gila itu tapi tak seorang pun yang mahu. Tapi aku terlalu terdesak untuk dapat duit, menyamar jadi gorilla pun tak apalah, yang penting setiap bulan ada wang masuk poket. Yang penting bini cantik aku tak lari dan anak kecilku masih dapat hisap susu. Kalau dah dapat kerja yang lebih baik nanti aku cau lah dari jawatan mengarut ini..


Kerjaku setiap hari ialah membuat pertunjukan di hadapan penonton. Biasanya aku membuat pertunjukan bersama seekor lagi gorilla betina yang memang terlatih dan sangat jinak.

Tapi suatu hari selepas dua bulan menyamar menjadi gorilla, bos minta aku dan pasangan gorilla betina itu buat pertunjukan bersama seekor harimau. Aku sedikit pun tak takut dengan harimau itu kerana dia berada di dalam kandang dan tak mungkin terlepas keluar. 

Dan sampailah saat itu...pengajarku meminta aku bergayut melalui tali yang telah disediakan dan di bawahnya ialah seekor harimau yang nampak sangat ganas dan asyik memandang aku.

Aku seperti biasa dengan penuh keyakinan bergayut di tali yang disediakan itu. Cuma kali ini aku agak berdebar kerana perlu melalui kandang yang di dalamnya ada seekor pak belang. Ketika sedang bergayut, tiba-tiba seperti ada sesuatu yang tak kena dengan tali itu. Tiba-tiba...

Buuuuummmmmm...aku terjatuh dan malangnya aku terjatuh betul-betul memasuki kandang harimau yang tak berbumbung itu!! Harimau yang pada mulanya sedang menguap mengantuk, tiba-tiba membuka matanya dan dengan pantas menghampiriku.

Habislah aku kali ini. aku mula menangis..."Tolong...tolong...tolong...jangan bunuh aku...tolonggggggg..."

Penonton-penonton mula menjerit. Pembantu trainer cuba membuka kandang harimau tapi tiba-tiba kuncinya terjatuh memasuki kandang. Alamak matilah aku kali ni!!

"Jangan takut bro...aku tak pernah makan daging manusia. Aku cuma makan daging lembu dan kambing aje.. Ayam juga aku suka, minggu lepas aku makan itik...sedap juga. Tapi aku tak kebulur le sampai perlu makan daging orang"

Aku menatap harimau itu penuh kehairanan. Eh harimau jadian ke ni boleh bercakap??

"Kau terkejut ye? Apa nak terkejutnya bro, kalau kau gorilla tipu, aku pun harimau tipu juga...aku manusia macam kau juga...kita serupa, sama-sama menyamar!!!!"

"Abang..abang... bangun!! Apa nih, dah subuh ni... mimpi apa tu sampai menjerit nak pecah bilik? Nasib baiklah anak kita tak dengar, nanti apa pula dia orang ingat?" tiba-tiba isteriku yang cantik tapi tak seseksi Siti Saleha itu menggerakkan aku.. 

Bagaimana pula Siti Saleha muncul dalam mimpiku??

Mimpi di subuh hari  rupanya, patutlah mimpi yang sangat karut!! Malam tadi dah baca ayat-ayat lazim sebelum tidur tapi masih juga nak bermimpi karut marut..

Aku cepat bergegas ke bilik air mengambil wuduk sambil menjeling isteriku yang telah bersiap dengan telekungnya untuk bersolat Subuh.

Nasib baiklah cuma mimpi. Jika betul-betul seperti itu, mau mati JR agaknya.....

7 comments:

  1. Baru nak tnya ini citer betul ke rekaan semata2..rupanya mimpi! Hehe

    ReplyDelete
  2. tkasih kerana berkunjung ke blog IM. Memang 'seksa' SS tuan!

    ReplyDelete
  3. JR!!!
    mati mati ingat cerita betul tadi..
    Rupanya mimpi d subuh hari.. Amboi.. Mimpi kan Siti saleha?

    ReplyDelete
  4. bodoh.. ko sokong puak BERSIH bangang tu.. FUCK! Ko nak tgk Malaysia jadi mcm Syria baru ko puas ati? FUCK!

    ReplyDelete
  5. Amboi mimpi wife dia mcm siti saleha. Heheh. Awal2 lagi dah agak dah mimpi. Tapi mimpi macam real kan? Sakit je hati bila bangun tu sbb kita dah mati2 percaya.

    JR, apsal anonymous ni komen emosi semacam je?

    ReplyDelete
  6. LydSunshine: Mula2 saya ingat nak delete komen mencarut itu..tapi tak jadi..bukan semua Melayu memahami agamanya, kesian dia kan??

    ReplyDelete
  7. Teringin nya saya nk mimpi jumpa siti saleha tu....hehehee

    Aik apa pasal ada komen berbau politik kat entry mimpi ni....silap komen tak?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....