Assalamualkum
dan
Salam Eidul Fitri yang..yang..yang sangat-sangat terlewat!
Terlebih dahulu JR merakamkan jutaan terima kasih kepada korang yang masih terbuka hati untuk menyelak, membuka dan menerjah blog JR yang dah lama sangat tak diupdate ni.
Entri terakhir JR ialah pada 5 Ogos. Hari ni 22 Ogos, dah masuk hari raya keempat. Maknanya dah 17 hari JR tinggalkan blog ni, tak masukkan entri, patutlah nampak ia seperti berjerebu dan berabuk...korang perasan tak?
Rasanya tak perlu JR jelaskan mengapa begitu lama JR tinggalkan blog ni sampai berjerebu dan berabuk. Kecualilah ada yang hantar show cause letter minta JR jelaskan...
Apapun, biar pun terlewat, JR nak ucapkan salam Eidul Fitr yang terindah kepada korang yang sudi menjejaki blog ini.
Hari ni JR tak ke mana-mana...melepak di rumah aje. Tiga hari lepas puas JR dan keluarga bergerak ke serata penjuru Kedah hingga ke Pulau Pinang berhari raya, hari ni nak berehat saja di rumah. Perut pun dah rasa berat macam batu kerana semua yang bernama juadah tanpa segan silu dah masuk perut. Hari ni kalau boleh nak santaikan sikit perut dengan makanan ringan-ringan aje. Lagi pun hari ni Tuanku Permaisuri dah mula kerja, tak adalah lagi suara merengek ajak bertandang ke situ dan ke sini...
Bagaimana dengan korang? Banyak jemputan open house tak? Harap berwaspada, kasihanilah perut yang diasak dengan pelbagai muatan yang membebankan sepanjang Syawal.
Ada yang dah mula berpuasa enam? Ramai yang dah tiga hari berpuasa enam, jadi cuma tinggal tiga hari lagi aje nak habiskan puasa. JR belum lagi memulakan puasa enam, mungkin minggu depan baru nak mula puasa, insyaallah..
Sekali lagi salam Eidul Fitri yang terlewat....
As Salam JR..
ReplyDeleteRindunya kakya dengan kamu. Kakya pun sepanjang Ramadan, update blog je sesekali..BW tu mintak ampoonn banyak2...
Aidilfitri sebulan JR. Nothing is too late, or otherwise it's better late than never.. Haha.
Di kesempatan ini kakya ucapkan Salam Lebaran untuk JR Dan keluarga moga berbahagia di bulan yang mulia ini.. :))
Selamat Hari Raya JR...Belum sempat puasa enam lagi..
ReplyDeleteselamat hari raya jr ! seminggu beraya kat Kedah mmg tak puas,sabtu dh nk blik port dickson, klau thu rncang awal-awal la nk beraya rumah jr,, insyaAllah nnt bila2 jr buat makan-makan insyaAllah bolat pergi :)
ReplyDelete