»

05 August 2012

Rindu Tak Dengan I???i

Salam Ramadan yang ke-16.
Soalan cepumas sempena Ramadan ke-16: Rindu tak dengan I? Soalan gedik kan??

Sebenarnya dah 10 hari JR tak bersiaran di blog ni, ada sesiapa perasan tak? Pasti ramai yang tak perasan dah 10 hari JR tak menulis, kerana pastinya tak ada sesiapa di dunia ini yang merindui entri JR yang kerapkali entah apa-apa ni...

Pasti juga tak ada sesiapa yang ingin tahu mengapa dah lama JR tak menulis. Oleh itu JR tak perlu beri sebab mengapa tinggalkan blog ni sampai dah berabuk. Apapun dalam masa 10 hari ni banyak juga peristiwa yang berlaku kepada JR:

i) JR sakit perut diikuti demam dan rasa 'tak sedap badan' selama empat hari. Dalam tempoh itu memang tekak rasa sangat tak berselera untuk makan sama ada ketika berbuka dan ketika bersahur (biasanya sahur cuma minum air kosong kerana tekak rasa meloya)

ii) Dalam keadaan badan kurang sihat puasa masih diteruskan. Ubat yang diberi doktor untuk makan 3 kali sehari cuma makan 2 kali sehari untuk disesuaikan dengan waktu puasa.

iii) Dalam keadaan badan tak sihat dan lemah itu JR ponteng terawih selama 2 malam.Tapi bila badan dah rasa OK sikit, terus sambung terawih 20 rakaat seperti biasa.

iv) Selama Ramadan ini selera JR untuk makan nasi tertutup langsung sama ada ketika berbuka atau sahur. Selama 14 hari tak makan nasi langsung. Tapi semalam (hari ke-15 puasa), tiba-tiba perut rasa begitu teringin nak makan nasi!! Dan sebaik saja berbuka lepas kena tiga ulas buah tamar, JR langsung ambik nasi. Biasanya sebelum ini lepas makan sedikit tamar dan minum JR akan solat maghrib dulu dan lepas solat baru makan apa-apa makanan ringan yang ada, tapi malam tadi JR tukar aturcara: ambik tamar, makan sepinggan nasi dan lepas itu baru solat maghrib. 
Semoga malam ini dan berikutnya nafsu untuk makan nasi akan kembali terbuka....

Korang bagaimana? Ramadan memang bulan penuh dugaan dan hanya mereka yang tabah akan menjalani perjuangan ini dengan kemenangan di penghujungnya...

6 comments:

  1. gedik sikit la tajuknye. kihkihkih. Ramadhan ni saya berselera je makan nasik ketika sahur dan berbuka. kesihatan pun Alhamdulillah. cuma rindu sikit nak ke bazaar ramadhan la. hua hua
    moga JR beransur sihat ye.

    ReplyDelete
  2. rindu hhihi...tak sihat ya...

    ReplyDelete
  3. Patut la lama tak dengar JR berceloteh. Saya pun 2,3 hari baru jengok blog. Prestasi menurun betul dlm berblog ni.

    Harap2 JR cepat sembuh dan ada selera nak makan nasik.

    ReplyDelete
  4. Biasa la bang...saya pun jrg update blog...bln puasa ni masa agak terhad sikit...

    Moga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  5. tetap nak tengok aksi entry baru JR. pastilah teringin nak terjah jika lama dah tak menjenguk...

    ReplyDelete
  6. saya pun berhibernasi sebentar dari blogging disebabkan keje yang xhenti2 datang...ambik masa nak settle down.
    apa apa pun,harap JR sihat dan dapat berhari raya dengan hati yang tenang :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....