Tak ada benda lain lagi ke nak di potong di Syawal Mubarak ini? Potong rambut ke, potong kuku ke, potong lemang, potong ketupat, potong dodol, banyak lagi benda boleh dipotong, tapi mengapa mamat ni memilih nak potong kemaluannya sendiri?
Tak kan kerana sebiji bola yang beratnya tak sampai satu kilo tu dia sanggup potong kemaluan, tak cerdik sungguh!! Kalau pun marah kepada pasukan bolasepak Kedah yang asyik kalah aje tu, janganlah sampai bernazar pelik-pelik sampai nak potong kemaluan. Kalau anak berderet macam JR tak apa juga, potong kemaluan masih ada anak menyambung zuriat, tapi buat belum kawin kan ke naya...alamat tak ada zuriat le sampai kiamat...Tak cerdik sungguh si-mamat tu!!!
Itulah cerita mamat dari Kedah (betul ke dia ni orang Kedah?) yang menggelar dirinya Jat Raindy yang buat cabaran dalam facebook untuk memotong kemaluannya jika pasukan bolasepak Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.
(Sumber: speakerpecah.blogspot)
Asalkan mamat bernama Jat ni tak jadi macam Johari Pain dah le. Johari Pain pernah mencabar dalam facebook untuk memotong kemaluannya jika atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat dalam sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ni. Johari menulis perkara tu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10 meter Platform Wanita, tapi bila Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa untuk Malaysia Johari Pain tak pula berani mengotakan janjinya untuk potong kemaluannya tapi memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air atas keceluparan mulutnya. Tau pula dia takut!!
Kalaulah Johari Pain berani mengotakan janjinya untuk memotong kemaluannya, pasti ramai rakyat Malaysia termasuk JR yang sanggup jadi tok mudim untuk buat kerja yang sangat mengujakan itu. Lepas kena potong barulah mungkin dia tau pain atau tak pain, sakit atau tak sakit daging 20 gram nya tu disembelih dengan parang tumpul....
Dan sekarang sorang lagi pengikut Johari Pain muncul di Kedah. JR juga tak yakin Kedah akan pergi jauh dalam saingan Piala Malaysia, tapi jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang upset dan Kedah berjaya membuktikan siapa mereka yang sebenar, beranikah Jat mengotakan janjinya? Atau dia akan jadi seperti Johari Pain yang telah membuktikan kebaculannya itu??
Apa pun salam Eidul Fitri hari keenam buat semua. Sapa yang kukunya panjang, bolehlah potong lepas ni. Sapa yang rambutnya dah mengurai macam mat rock boleh juga potong di mana patut. Atau jika masih ada lemang yang nak dipotong, boleh juga dipotong. Yang penting jangan potong kemaluan, nanti tak ada pompuan yang sudi buat suami, kerana daging anugerah Allah yang tak sebesar mana tu bukan ada jual di gerai daging atau di kedai spare part, kalau dah dipotong habislah...
selamat hari raya ya JR sekeluarga. maaf zahir batin halalkan semua kata2 etuza ya...alamak sedihnya nak potong kemaluan. tak apa lah dia punya sukakkan....nilah politik
ReplyDeleteHahaaa jgn jd cam johari pain ye :)
ReplyDelete