Kata orang malang tak berbau. Kata orang juga jodoh dan maut di tangan Tuhan. Kalau Allah dah kata jadi, maka jadilah sesuatu itu..kun fayakun. Bila Dia kata ajal pemain bola adalah di atas padang bola, bila Dia kata ajal pemelihara ular adalah di tangan ular kesayangannya, bila Dia kata ajal penggali kubur adalah dalam kubur yang digalinya sendiri, tiada lagi yang boleh dilakukan bagi mengelakkan takdir yang telah ditentukanNya:
Penggali kubur maut tertimbus liang lahad di Mentakab
M.FEISAL NORAWI
28 Ogos 2012
28 Ogos 2012
MENTAKAB – Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46, dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas Subuh semalam.
Kejadian berlaku ketika Zailan bersama seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15 pagi.
Menurut seorang lagi penduduk kampung, Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.
“Saya sedang bercangkung tepi kubur, tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia yang terjulur keluar. Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.
“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.
Sementara itu seorang lagi penduduk kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tertimbus.
“Masa gali saya nampak ada banyak darah pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah. Kami angkat Zailan ke atas, tidak berapa lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di sisi penduduk kampung,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mayat Zailan telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat.

(Sinar Harian 29 Ogos 2012)
Al-fatihah untuk Allayarham Zailan. Semoga rohnya ditempatkan Allah di kalangan mereka yang beriman. Dan semoga kematian tragis secara tertimbus itu melayakkan beliau dimasukkan Allah dalam kategori mereka yang mati syahid:
“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
Innalillah. Macam tu je kan. Tak sangka tanah keras pun bleh sebabkan cedera parah. Kalau dah janji dia. Semoga beliau ditempatkan di tempat yang terbaik.
ReplyDeleteperkara yang tak sangka boleh berlaku
ReplyDeletesmoga dia ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman. AMIN~
sungguhla.. malang x berbau..
ReplyDeletedekat je ni ngan umah mak abah saya di kampung.. mm..
nauzubillah.. ;(