Cepatnya masa berlalu kan? Tiba-tiba saja dah masuk hari ke-10 Syawal. Kebanyakan anak kota yang beraya di kampung telah pulang semula ke rumah masing-masing di kota. Jika minggu lepas ramai yang bercerita tentang kemeriahan beraya di kampung masing-masing, kini giliran ramai orang bercerita tentang jamuan raya pula. Boleh dikatakan setiap Syawal semua jabatan kerajaan mengadakan jamuan raya untuk staf dan tetamu jemputan mereka. Bukan saja jabatan, setiap bahagian dan unit berlumba-lumba mengadakan jamuan raya masing-masing. Di agensi swasta juga begitu, hari-hari ada saja yang mengadakan jamuan raya masing-masing. Yang rajin bertandang ke jamuan raya, memang sebulan ni berat badan boleh naik 10 kilo kerana banyak sangat lemak, kalori dan kolestrol yang dicampak masuk ke perut yang dah jadi macam telaga buruk!!
Dah le di pejabat banyak jamuan raya, bila balik ke rumah ada lagi jamuan raya, itu yang perut tak tahan tu. Jika minggu pertama kebanyakan orang balik kampung, masuk minggu kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing pula sibuk buat rumah terbuka di rumah masing-masing terutama di hujung minggu. Kerana waktu siang hari Sabtu dan Ahad ramai sangat orang buat rumah terbuka, ada pula yang buat rumah terbuka di waktu malam.
Di jamuan raya dan rumah terbuka ni banyak masakan enak-enak kita jumpa, selalunya masakan yang popular di sesuatu negeri. Kadang-kadang ada masakan unik yang menarik perhatian ramai. Tahun lepas ada seorang dalam komuniti JR buat daging kambing panggang yang keenakannya sukar dilupakan. Ada pula yang masak daging unta, juga daging arnab.
Yang JR belum pernah dengar orang masak daging zirafah, agaknya jika rendang daging zirafah mungkin juga sedap juga di makan di musim Syawal ini ye tak??
Apa pun, asalkan masakan dari daging yang halal semua tetamu pasti akan tersenyum sambil mengurut perut boyot masing-masing....
Dalam makan-makan kedarah mengikut nafsu di musim Syawal ni, semalam JR terbaca tentang satu menu masakan paling unik yang digemari oleh beberapa kaum pendatang di negara ini: kari daging kucing campur cili. Bagi yang nak ke jamuan raya dan akan mengadap rendang daging atau ayam sekejap lagi, artikel di bawah ini sangat tak sesuai dibaca:
Bicara Isnin Sinar: Enak makan kari daging kucing?
SUHARNE ZAINUDIN & ANITA ABU HASAN
27 Ogos 2012
Jimmy pemuda berasal dari Myanmar: "kucing memang enak dimakan" "DAGING kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar.
Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.
Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.
“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.
Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.
Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.
“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing??” tanya kami lagi.
“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.
“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.
“Oh, tidak,” jawab Jimmy.
(Sinar Harian 27 Ogos 2012)
Catatan: Beberapa tahun lepas JR kehilangan seekor kucing yang kami sekeluarga sangat menyayanginya. Sebelum itu ada beberapa jiran juga kehilangan kucing mereka. Sehingga kini JR tidak tahu ke mana kucing itu dan juga kucing-kucing jiran JR itu menghilang. Adakah binatang comel itu sudah 'selamat' di dalam kuali dijadikan kari masak cili??
xlehla nk byg mcmn nk mkn kucing...
ReplyDeleteSpeechless....i don't know what he is thinking..eating cat meat...Oh ..very bad..
ReplyDeleteEii... cat eater! Dia boleh plak masak kari daging kucing. Euww.
ReplyDeletetak mustahil ada yg makan kan JR, sedangkan danging manusia. marilah berdoa dan bersyukur kita dicukupkan makanan...
ReplyDeleteadat zaman sekarang buat open house...kena datang.hehe
ReplyDeletedaging kucing, tak sanggup aku nak makan...takde makanan lain ke nak makan..ayam, lembu, kambing kan ada..haiyooo
peh, selamba je cerita mkn kari kucing masak berlada. agak-agak kucing yang 'tidak dibeli' tu jenis kucing terbiar kat tepi jalan atau kucing siam kesayangan orang ye. kejam kejam
ReplyDelete