»

04 July 2012

Wednesday Words: Tiga Wanita Baik Hati Minggu Ini

 

Pagi tadi JR singgah di sebuah kedai makan berdekatan sebuah klinik kerajaan Alor Setar. JR cuma beli beberapa keping kuih untuk melapik perut yang sedang mendendangkan lagu rock. Lepas memasukkan kuih-kuih dalam plastik yang disediakan, JR pun keluarkan dompet untuk membayar harga kuih. 

"Berapa?" tanya JR

"Dua ringgit lapan kupang (RM2.80) aja" jawab kakak penjual kuih dengan senyuman manis.

Tiba-tiba...alamak, bila tengok dompet, cuma tinggal seringgit dalam dompet!! Memang sejak malam tadi JR sedar cuma ada RM17 dalam dompet. Ingat awal-awal pagi ni nak ke ATM ambil duit. RM16 habis pagi tadi untuk belanja anak-anak ke sekolah. Jadi cuma tinggal RM1 dalam dompet.

Masa nak beli kuih tadi tak ingat langsung cuma tinggal seringgit dalam dompet. Konfiden aje pilih kuih...Kalau tau tak ada duit pasti JR ke ATM dulu, atau cancel aje niat nak beli  kuih tu. Buat kantoi depan pelanggan lain aje...

"Adooooiii kak...saya terlupa ambik duit. Tak pa lah, saya tak jadi beli, maaf kak..." kata JR dengan muka tebal sambil  cuba mengeluarkan kuih dalam plastik untuk dimasukkan semula ke dalam bakul.

"Eh,eh,eh...tak pa, tak pa, adik ambik aja kuih tu, nanti bila dah ada duit tu, bayarlah balik. Esok lusa pun tak pa bayar" balas kakak penjual kuih.

Selepas ucapkan terima kasih JR pun berlalu untuk menyelesaikan tugas JR. Tapi di dalam kereta teringat: kalau aku tak bayar hari ini, bila aku nak bayar balik kepada kakak tu? Adakah esok aku akan lalu kawasan ini lagi dan bayar kepadanya? Kalau esok aku lupa bayar macam mana? Kalau sekejap lagi tiba-tiba Allah mengirimkan malaikat maut mencabut nyawaku bagaimana? Sapa nak bayar hutang aku?

Tak boleh jadi nih!! Tergesa-gesa JR mencari ATM terdekat untuk keluarkan wang. Kemudian tergesa-gesa pula JR pergi menemui kakak tu semula.

"La...ingat esok baru nak mai bayar...Esok lusa bayar pun tak apa..." kata kakak penjual kuih.

Sebenarnya ini adalah peristiwa kedua JR tak dapat bayar barang yang dibeli pada minggu ini. Hari Ahad lepas ketika JR membeli akhbar, wanita India penjual akhbar mengembalikan wang yang JR berikan kepadanya, kerana katanya dia tak ada tukaran kecil.

"Encik ambiklah dulu ini paper, esok boleh bayar, hari lain nak bayar pun tak apa punya, ambik la dulu..." kata wanita India itu kepada JR. Baiknya dia, kalau hati aku busuk tak bayar balik, rugi dia RM2.00!!

Nampaknya minggu ini JR menemui dua orang wanita yang sungguh baik, pertama wanita Melayu penjual kuih dan kedua wanita India penjual akhbar.

Sebenarnya ada lagi wanita yang sungguh baik dengan JR pada minggu ini. Salah seorang darinya ialah Cik Rose Cute yang telah menghadiahkan header blog ini kepada JR beberapa hari lepas. JR pun dah ceritakan mengenai dia sehari selepas dia memberikan hadiah.

Itulah tiga orang wanita baik hati yang JR temui minggu ini. 

Sebenarnya ada lagi wanita baik hati yang JR tak ceritakan di sini. Siapa mereka?

Mereka ialah korang semua yang terus menyokong dan membaca entri di blog  ni. Selain dari itu, semua pembaca lelaki blog ini juga adalah jejaka-jejaka terbaik yang masih sudi membaca entri JR yang kadang-kadang entah apa-apa tu!!! 

4 comments:

  1. wah, bangga saya sekejap (perasan sehh >_<)

    ReplyDelete
  2. rezeki JR tu.., alhamdulillah.... :)

    ReplyDelete
  3. ikhlas...baik...patut dijadikan contoh kepada yang lain, baik laki atau perempuan...

    ReplyDelete
  4. terharunya jr kata cik rose baikhati huhuhu..Tapi Cik rose memang ikhlas..bikin header untuk jr...blog pun dah semakin ringan...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....