»

04 July 2012

Apa Nak Buat Jika Didatangi Agen Tarik Kereta??

 


Katakan satu petang, kira-kira pukul 6, sedang korang lepak sambil pekena sate ayam di sebuah warung bersama kawan-kawan, tiba-tiba datang tiga orang lelaki berbadan sasa.

"Encik pemilik kereta no WWW **** tu ye?" tanya seorang dari lelaki yang wajahnya macam samseng.

"Bukan encik..itu bukan kereta saya..itu kereta ayah saya. Mengapa encik?" jawab korang dengan suara sedikit bergetar. Takut!!

"Begini encik, kereta tu dah tiga bulan tak bayar ansuran. Encik ikut kami ke balai polis!"

"Tapi encik ni sapa?"

"Kami penarik kereta. Sekarang encik ikut kami ke balai polis. Bagi kunci kereta tu kepada saya. Kita ke balai polis, kita settle di sana..."

"Tapi encik...."

"Tak ada tapi-tapi, jom ke balai polis..."


Itu adalah antara taktik agen penarik kereta. Kalau agen penarik kereta yang dilantik oleh bank/institusi kewangan satu juga, tapi ada juga penarik kereta yang menyamar. Mereka berpura-pura jadi agen tarik kereta, sedang tujuan sebenar mereka nak mencuri kereta korang. Jika korang ikut arahan penipu-penipu ni dia tak akan bawa korang ke balai polis, kerana mereka sangat takut kepada polis!! Mungkin korang akan ditinggalkan di tengah hutan, itu nasib baiklah, jika nasib tak baik mungkin korang akan dibelasah sampai mati kemudian mayat korang dibuang untuk makanan anjing liar...

Jika korang didatangi mereka yang mengaku sebagai agen tarik kereta, sila berhati-hati. Sebaiknya ambil langkah berikut untuk keselamatan korang dan kereta yang korang pandu:

i) Minta kad kuasa daripada 'agen tarik kereta' tu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan. Jika dia gagal mengeluarkan kad kuasa, sila hubungi polis, kerana orang itu cuma penipu yang berniat tak baik.

ii) Minta surat daripada bank/institusi kewangan berkenaan yang mengarahkan kereta itu ditarik.

iii) Ambil ingatan bahawa mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010, kereta cuma boleh ditarik antara jam 8 pagi hingga 5 petang. Jika ada 'agen tarik kereta' yang datang pada jam 6 petang atau waktu malam, mereka sah  adalah penipu yang mungkin berniat nak mencuri kereta korang.

iv) Sila ambil ingatan, mengikut Akta berkenaan, kereta tak boleh ditarik oleh mana-mana institusi kewangan jika pemiliknya telah menjelaskan bayaran melebihi 75% daripada jumlah pinjaman.

OK, berhati-hati sebelum kena tipu....

5 comments:

  1. terima kasih JR atas nasihat ini :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih JR! akan ku semat dihati nasihat ini :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info nie bro..

    ReplyDelete
  4. dekat mana ada tulis (kereta cuma boleh ditarik antara jam 8 pagi hingga 5 petang. Jika ada 'agen tarik kereta' yang datang pada jam 6 petang atau waktu malam) dlm akta sewa beli?

    ReplyDelete
  5. betol. memang pernah tjadi kt abg aku. Suspek 3 org bbgsa india, 2 lelaki 1 pmpuan. Hati2 sume. Moga Allah lindungi kite.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....