Kata sesetengah orang kehebatan seseorang lelaki bukan diukur dari harta kepunyaannya, tapi berapa anak yang dia miliki. Apa guna mengaku hebat tapi batin gersang, cuma mampu lahirkan seorang atau dua orang anak saja? Itu kata sesetengah oranglah, bukan JR yang kata. Bagi JR apa guna punya ramai anak jika gagal memberi mereka pendidikan terbaik??
Aruah ayah JR sendiri punya 15 orang anak hasil dari perkahwinannya dengan dua orang wanita. Sampai sekarang JR rasa seronok kerana ada adik beradik yang ramai. Kami semuanya rapat sampai sekarang termasuk dengan anak-anak ibu tiri, malah kerana terlalu rapat kami tak pernah terasa pun ada istilah "saudara tiri" dalam keluarga.
Dan JR? JR pula cuma punya anak tak sampai separuh dari apa yang ayah JR miliki. Maknanya JR tak hebatlah. Tapi tak hebat pun tak apa, yang penting hati bahagia dengan 6 orang anak yang lahir hampir setiap tahun ni..
Rekod keluarga terbesar dunia (guinness record) adalah kepunyaan seorang lelaki 66 tahun di India yang mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu yang tinggal di bawah satu bumbung rumah:
Itu rekod dunia anak teramai rasmi. Ada satu lagi rekod dunia tak rasmi yang menyatakan lelaki paling hebat di planet bumi setakat ini ialah Sultan Ismail bin Shariff yang berkuasa di Morocco ketika era Dinasti Alaouite yang mempunyai 867 orang anak!! Sultan Ismail memerintah Morocco dari tahun 1672-1727.
Dari 867 anak Sultan Ismail, 522 adalah lelaki manakala 342 lagi perempuan.
Tapi disebabkan zaman itu belum lagi ada World Guinness Record, lalu nama Sultan Ismail tidaklah tercatit dalam rekod dunia sebagai lelaki yang paling ramai anak di dunia. Gambar Sultan Ismail dan 867 anaknya juga tidak pernah dirakamkan dalam mana-mana foto kerana ketika itu kamera belum direka lagi...
JR tak pasti sama ada Sultan itu dapat mengingati semua nama 867 orang anaknya. Dan JR juga tidak yakin anak-anaknya yang ramai itu mengenali kesemua mereka.
erk.. boleh pecah rekod ni.. first time tahu org ada anak ramai mcm ni..
ReplyDeletefuh, baru sorang pun kadang-kadang naik hangin juga melayan. kalau dah 6? 15? 94?? 867??! argghhh...LOL
ReplyDeleteLOL. 867?
ReplyDeletesubur subur...LOL
Mak oi!!! ramainya...
ReplyDeleteIni baru luar biasa namanya,, Heheheheee,,
ReplyDeleteNice posting n Nice new template JR,, ;)
Btw, sedikit saran, postingan yang ada di home, dikasih read more biar tidak berat,,
Ini tutorialnya :
http://siradel.blogspot.com/2010/08/cara-membuat-read-more-di-blog.html
Salam sukses slalu JR,, ;)
He even went back to his old job for a while Their website is a resource of Bible articles, commentary and teaching Share appreciationTell someone how much you appreciate the faith they've shown in youSeven, call up your parents
ReplyDeleteIt doesn't have to be expensive, it just has to be fun!New Toy Give your parrot something new to do when hanging out in inside the cage! Remodel a littleRev Bresciani is the leader of a non-denominational ministry in the New Orleans area Sure, with some of your marketing strategies you will get instant, or direct, responseIn preparing for this new enlightenment you must let go of old belief systems and thoughts
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/julio-jones-jersey-for-sale-c-15_19.html]Julio Jones Jersey[/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/michael-turner-jersey-for-sale-c-15_20.html]Michael Turner Jersey[/url]
[url=http://www.authenticnikefalconsshop.com/tony-gonzalez-jersey-for-sale-c-15_22.html]Tony Gonzalez Jersey Sale[/url]