»

07 July 2012

Wanita Malaysia Keempat Paling Curang Di Dunia??


Pasti ramai lelaki bujang di negara ni yang takut nak kawin dengan wanita negaranya sendiri jika terbaca hasil kajian ini. 

Satu kajian yang dilakukan oleh syarikat kondom terkemuka di dunia, Durex, pada Disember 2011 lalu mendapati wanita Malaysia adalah antara wanita yang paling curang di dunia. Keputusan itu berdasarkan kajian terhadap 29,000 wanita di 36 negara sebagai sampel penduduknya. Durex juga telah menebual  40-55% isteri yang mengaku pernah mencurangi suami mereka sebelum  berusia 40 tahun. 




Berikut adalah lima negara wanita paling curang di dunia mengikut hasil kajian Durex:


1. Nigeria
Sebanyak 62 % para isteri di Nigeria tidak setia kepada suami mereka. Malah  akhir-akhir ini banyak berita mengenai isteri curang yang menjadi topik berita panas di Nigeria. Baru-baru ini seorang pegawai kanan tentera Nigeria,  Major Chitsiko, telah membunuh diri setelah mengetahui isterinya curang. 

2. Thailand
Kajian Durex mendapati 59% kaum isteri di Thailand mengaku pernah mencurangi suami mereka. Kajian itu menyatakan budaya barat begitu mempengaruhi masyarakat Thai, sehingga ramai suami tak kisah pun jika isteri mereka curang (tak kisah...ye ke ni?)

3. England
Kajian itu mendapati 42% isteri di di England pernah melakukan zina dengan lelaki lain yang menjadikan England sebagai negara di mana wanitanya paling tak setia di Eropah.

4. Malaysia
Mengikut kajian yang sama, 39% dari isteri di Malaysia pernah membuat hubungan sulit dengan lelaki lain dan mengkhianati janji suci perkahwinan mereka.

5. Rusia
33 % dari isteri di Rusia dikatakan pernah mencurangi suami mereka. Namun mengikut kajian ini di Rusia kecurangan wanita tidak dianggap sebagai sesuatu yang serius kerana mengikut tradisi Rusia, para isteri dibenarkan mencurangi suami mereka (betul ke??)

Bagi JR, kajian Durex bahawa Malaysia adalah dalam ranking keempat wanita paling curang di dunia ini amat meragukan. Ini kerana latar belakang responden, misalnya latar belakang kaum, agama, negeri mana, pekerjaan dan umur mereka yang dikaji tak disebut, kerana latar belakang responden pasti sangat mempengaruhi hasil kajian. Bayangkan jika kajian cuma tertumpu kepada wanita-wanita kota di lorong-lorong gelap Lorong Haji Taib, Chow Kit, Bukit Bintang...pasti hasilnya berbeza berbanding jika kajian dilakukan menyeluruh termasuk wanita yang tinggal di desa-desa terpencil.

Lagi pun yang buat kajian tu bukan jabatan agama atau LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) tapi sebuah syarikat kondom. Pasti ia ada hubungan dengan strategi pemasaran syarikat pembuat kondom itu. Bagi syarikat pembuat kondom semakin ramai manusia curang (tak kira lelaki atau perempuan) semakin larislah produk mereka...

4 comments:

  1. Hahah. Pernah baca kajian curang ni, tapi tak ambil serius pun. Macam JR cakap, latar belakang responden juga penting. Dah kalau sasaran kumpulannya pakat yang rajin ke masjid, tak tersenarai pula. Hahah. Tapi, bila baca banyak berita di Malaysia, pun tak mustahil juga. Hahahahah.

    ReplyDelete
  2. sebelum kita menunding jari ke negara lain...cerminkan la rumah kita dahulu... :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....