»

08 July 2012

Polis: Saiz Tidak Penting Kepada Wanita



Ada dua pendapat di sini. Pendapat pertama seperti yang dikatakan oleh pegawai polis ialah saiz tak penting kepada wanita. 

Tapi pembekal produk pula kata saiz sangat penting. Lagi besar lagi baik untuk wanita memilikinya.

Tak kiralah bersaiz kecil atau besar tapi wanita perlu memiliki senjata sulit ini. Malang tak berbau. Korang dah memilikinya ke??

Tapi sebelum tu apa bendanya tu yang bersaiz besar dan kecil tu. Baca beritanya:


BERITA

Penyembur Lada Bersaiz Besar Lebih Baik
PETALING JAYA: Saiz tidak penting bagi penyembur lada yang membantu golongan wanita melindungi diri daripada serangan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
Beliau berkata, kebanyakan wanita sentiasa membawa penyembur lada bersama mereka pada hari ini sebagai alat untuk mempertahankan diri ketika berdepan perkara tidak diingini.
Bagaimanapun, Ku memberi amaran bahawa menggunakan penyembur lada ke arah sesiapa saja atas sebab-sebab lain daripada melindungi diri adalah satu kesalahan.
"Tiada masalah untuk membawa alat tersebut kerana ia dapat membantu melindungi mereka daripada diserang," katanya dalam satu temu bual.
Pakar produk keselamatan, Edmund De Run menasihatkan golongan wanita untuk membeli alat tersebut dalam saiz yang lebih besar kerana mereka mungkin diserang lebih daripada seorang.
"Bagaimana jika anda diserang lebih daripada enam lelaki? Penyerang sentiasa mempunyai ramai pengikut," katanya.
De Run berkata, terdapat pelbagai jenis penyembur lada di pasaran, malah ada di antaranya bersaiz sekecil pemegang kunci.
Malah, katanya, wanita dalam keadaan bahaya jika mereka kehabisan penyembur lada atau gagal melarikan diri daripada penyerang.
De Run berkata, golongan wanita perlu memegang penyembur lada ketika berada dalam situasi berbahaya terutamanya di tempat letak kereta.
"Penyembur lada juga amat berguna di rumah anda. Anda boleh meletakkannya di tempat yang senang dicari sekiranya anda terdengar bunyi mencurigakan pada waktu malam," katanya.
Sekali lagi soalan JR, korang dah memiliki senjata sulit ni tak?? Eh, senjata sulit...nanti orang ingat benda lain pula, tapi senjata apa nak dipanggil ye, ia bukan senjata api, tapi senjata berapi, kalau kena mata sakitnya memang macam disembur api, selama setengah jam mata tak boleh buka langsung.

JR tak pasti berapa harganya penyembur lada tu, tapi mengikut satu sumber harganya RM20 untuk penyembur 20 ml. Tengok gambar di bawah, kecil saja... boleh disangkut di key chain, comel...:

 
 

5 comments:

  1. kenapa kecik sangat huhuhu

    ReplyDelete
  2. bagus jugak benda ni, rasanya kat sini x popular lagi. kalau kat barat rasanya setiap orang pompuan ada...

    ReplyDelete
  3. deno prefer pisau .. hihik.. takut betul ngan org jahat zaman skrg ni...

    ReplyDelete
  4. tak pernah beli pepper spray. dulu ada la alarm saiz mini yg letak di keychain juga, tapi bila anak customer asyik buat main sampai habis bateri terus malas nak beli lg

    ReplyDelete
  5. yang penting,jangan panik.jangan menggelabah...kalau boleh,buat latihan kat rumah supaya biasakan diri...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....