Kedua-duanya binatang. Satu bernama biri-biri. Satu lagi bernama babi.
Semua orang suka biri-biri. Dagingnya sedap dimakan. Bulunya boleh dibuat pakaian.
Yang kedua pula binatang juga. Namanya babi. Bukan babi sebarang babi, tapi babi hutan. Orang Islam tak suka babi. Orang bukan Islam pula ada yang makan babi. Tapi ada juga orang bukan Islam, seperti orang Yahudi, yang mengharamkan babi. Tapi kalau dah namanya babi hutan, orang bukan Islam pun tak suka juga. Kesian babi hutan, semua orang tak suka, sedang dia juga makhluk Tuhan.
Semalam ada dua peristiwa yang melibatkan dua binatang ini. Kedua-dua binatang ini melakukan perkara yang sama, tapi nasib mereka berbeza.
Baca berita mengenainya seperti yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian:
1. NASIB BIRI-BIRI:
Biri-biri serang warga emas
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 7, 2012
Tarikh: July 7, 2012
RANTAU PANJANG – Angkara amukan seekor biri-biri, seorang warga emas di sini, terpaksa berdepan detik cemas apabila ditanduk haiwan berkenaan di Tasek Bakong.
Ketika kejadian kira-kira jam 1 petang itu, warga emas tersebut dalam perjalanan pulang dari kedai kopi tidak jauh dari kediamannya.
Mangsa, Ismail Samah, 71, berkata, sebaik melihat biri-biri itu menghampirinya, dia cuba mengelak tetapi gagal sebaliknya haiwan itu bertindak ganas menyerangnya.
“Biri-biri itu menanduk lutut kiri menyebabkan saya terjatuh dan terus menanduk paha kanan lima kali dan pakcik tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Ismail bersyukur kerana seorang pemuda yang melalui tempat kejadian datang membantu.
“Setelah melihat biri-biri itu semakin ganas dan terus menyerang saya, pemuda berkenaan menarik talinya, bagaimanapun dia pula yang diserang. Orang yang menolong saya juga turut cedera dan luka pada badan kerana biri-biri itu begitu garang. Saya berharap selepas ini biri-biri ini ditambat pemiliknya kerana ini bukan kejadian pertama berlaku di sini malah pernah berlaku ke atas penduduk lain tetapi tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.
Ismail berkata, berikutan kejadian, seluruh badannya sakit-sakit dan hanya mampu berbaring selepas dihantar penduduk ke rumahnya, petang semalam.

2. NASIB BABI HUTAN
Babi hutan masuk bandar
7 Julai 2012
KUANTAN - Peniaga dan beberapa pelanggan deretan kedai di Jalan Mahkota di sini gempar berikutan kemunculan seekor babi hutan yang tersesat masuk ke kawasan itu sebelum merempuh sebuah kedai, tengah hari kelmarin.
Babi yang dianggarkan seberat 50 kilogram itu turut merosakkan kaunter pameran sebuah kedai selepas merempuh masuk premis tersebut dipercayai akibat terkejut dengan kehadiran kenderaan dan orang ramai.
Suasana kelam kabut di kawasan itu berakhir kira-kira sejam kemudian selepas haiwan tersebut ditembak mati oleh kakitangan Perhilitan di kawasan Padang MPK 1.
Seorang saksi, Koh Yen Thong, 23 berkata, ketika itu dia berada di kaki lima deretan kedai tersebut sebelum ternampak kelibat seekor babi hutan meluru dari arah Jalan Bukit Ubi.
Menurutnya, haiwan itu dipercayai panik dengan suasana lalu lintas yang sibuk lalu melintas jalan menuju ke arah bangunan kedai itu.
“Saya nampak babi itu masuk ke sebuah kedai dan terus mendekati untuk melihat kejadian seterusnya. Peniaga premis itu panik apabila haiwan itu bertindak liar dengan merempuh rak pameran kaca hingga pecah malah babi itu turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” katanya.
Yen Thong berkata, babi hutan itu akhirnya kepenatan dan terus sembunyi di sebalik kaunter dalam keadaan cedera sehingga kelihatan ada darah menitis ke lantai.
‘Saya difahamkan pemilik premis bertindak menutup pintu dan memaklumkan kejadian kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan sebelum dilanjutkan kepada Perhilitan,” katanya.
Dia berkata, mungkin bimbang haiwan itu terus mengamuk, pemilik kedai bertindak membuka pintu dan haiwan tersebut terus meluru keluar dan berlari menyeberangi jalan ke kawasan padang berdekatan.
Menurutnya, haiwan tersebut kemudiannya kelihatan merayau-rayau di kawasan padang sebelum masuk ke dalam longkang untuk minum air.
“Anggota jabatan Perhilitan yang datang melepaskan tiga das tembakan ke arah haiwan itu sebelum rebah dan mati,” katanya.

Begitulah nasib dua ekor haiwan itu. Kedua-duanya mengamuk: babi itu melanggar barang-barang dalam kedai menyebabkan ada barang yang pecah. Tapi babi itu tidak menyerang manusia, dia cuma terkejut kerana tersesat, lalu berlari-lari dalam kedai hingga ada barang yang pecah.
Biri-biri itu juga mengamuk. Cuma yang membezakannya dengan babi ialah biri-biri itu mencederakan seorang warga emas dan lepas itu mencederakan seorang pemuda yang ingin membantu warga emas itu. Sungguh ganas!! Mengikut cerita warga emas yang diserang biri-biri itu, binatang itu memang ganas dan ia pernah menyerang beberapa orang lain sebelum ini.
Tapi itulah hukuman terhadap dua ekor binatang itu: babi yang hari itu tak mencederakan sesiapa dan sedang keletihan ditembak mati oleh Perhilitan.
Jika warga emas itu membuat laporan kepada Perhilitan, adakah biri-biri ganas itu juga akan ditembak mati seperti babi tersebut? JR rasa biri-biri itu tak akan ditembak mati oleh Perhilitan, kerana walaupun ia ganas tapi biri-biri bukan binatang liar.
Apa salah makhluk Tuhan bernama babi hutan itu hingga ia ditembak mati walaupun ia tak seganas biri-biri? Salahnya kerana namanya babi hutan, namanya bukan biri-biri. Kalau namanya biri-biri tentu dia tak akan ditembak mati.
Moral cerita ini, nama memainkan peranan penting bagi mencipta tanggapan manusia. Kadang-kadang kita tak sukakan sesuatu bukanlah kerana apa orang itu buat tapi apa anggapan orang terhadapnya. Ramai bekas banduan yang telah benar-benar bertaubat tapi setiap kali ada jenayah mereka yang akan dicari dulu oleh pihak polis. Ini kerana nama mereka bekas banduan, bukan nama mereka bekas VIP atau bekas VVIP.
Jika nama mereka VIP atau VVIP, mereka ada kuasa, ada harta, pasti mereka kerap terlepas dari hukuman kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
JR menulis kisah ini cuma untuk renungan. Jika tak bersetuju pun tak apa. Jika setuju babi hutan itu ditembak mati dan tak ditembak dengan ubat pelali bagi menyelamatkan nyawa makhluk Tuhan tu pun tak apa....
suka perspektif yang diberikan melalui post ni...metafor nya sgt2 interesting! :D
ReplyDeleteCuri barang mandi kena dua tahun penjara. Sedap-sedap curi duit rakyat, hanya kena penjara setahun. Patut panggil Perhilitan juga agaknya. Hahah.
ReplyDeletebabi hutan yang hitam bersiung masih banyak berlegar-legar disekeliling rumah di kampung. mengorek kat bawah pokok-pokok sawit. menjadi hidangan istimewa orang cina yang rajin berburu :p
ReplyDeletekat kampung CR pun banyak...asyik sodok tanah jer hihihi
ReplyDelete