»

05 July 2012

Ustazah Abby Abadi

 


Semenjak dua menjak ni suka pula JR baca luahan rasa Abby Abadi dalam FB nya. Tak sangka seorang artis wanita yang dulu nampak setaraf artis-artis wanita lain yang kebanyakannya berktrampilan seksi meksi, tapi kini selepas berhijrah dari zaman primitif yang suka dedah-dedah ke zaman berhijab, Abby Abadi bertukar wajah terus. Dia mula bercakap soal-soal agama, soal keimanan, soal hidup mati, soal akhirat, soal pembalasan Allah... Jika tak tahu latar belakangnya sebagai artis, pasti ramai yang ingat Abby adalah seorang ustazah.


Bagi JR ia suatu perkembangan yang sangat positif kerana artis sering dijadikan idola remaja. Negara perlu lebih ramai artis yang memahami agama dan beriman ketika sebahagian remaja dan anak muda kita yang sebahagiannya lebih berimankan konsert-konsert musik, jom heboh, drama Korea dan k-pop.

Tapi kerana terlalu ghairah bercakap agama, Abby juga kadang-kadang ter smash sikit situasi politik masa kini. Tentang itu JR tak mau komen, kerana setiap orang bebas bersuara di negara demokrasi ini. Jika Zaid Zaidi, Amy Search, Jamal Abdillah dan lain-lain sudah menyatakan pendirian mereka untuk menyokong parti kerajaan, tidak salah rasanya jika Abby seperti Bob Lokman, Hairie Othman, Dayangku Intan dan Aishah untuk menyokong parti bukan kerajaan pulak.

Dunia artis pasti akan lebih meriah dan berwarna warni bila artis sudah semakin berani memperjuangkan keyakinan mereka. Tidaklah nampak macam stereotype aje macam sebelum ni...



Akhir zaman,
Bilamana ramai yg mgaku bragama ISLAM tp terang2 menolak Agama ALLAH ini. Menghina/mencaci alim Ulamak/org baik tnpa rs bsalah pd PENCIPTA.
Bila mengingatkan ( tggungjawab sesama Muslim) kita pulak yg dikatakan sesat/cari glamour/tubuh kelab menganjengkan/cipta fitnah sgala mcm fitnah smata2 takut 'kuasa pemerintahan' beralih kpd pembangkang. Sggup mengenepikan agama krn 'kuasa dunia.

Sahabat2ku, Sy mewakili pihak2 yg teraniaya. PAS bukan Parti ajaran sesat. & mereka bgabung bukan krn agama & buday tp smata utk menumbangkan negara yg lgsg tidak mjaga kebajikan RAKYAT. ( cari sgala mcm bukti di YouTube) pembangkang tidak dbenarkan keluar di media2 utama krn takut dgn sgala mcm fakta, bukti & saksi yg pembangkang anda. Tahanan ISA( yg ditahan tanpa Bicara) mogok lapar hampir 2mggu tp mereka lgsg tidak mberi muka. Adil lah Sahabatku. Lgsg tidak bernilai nyawa rakyat dimata mereka.
hutang negara mcecah rm600 billion Sahabat2ku. Bangun lahhh! Bersuara utk kebajikan bersama. ALLAHUAKBAR!!
85 · 



4 comments:

  1. alhamdulillah dia dah berubah

    ReplyDelete
  2. baguslah abby nie...rugi norman hakim...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dengan penghijarhan abby abadi.. :)

    ReplyDelete
  4. jauh perjalanan abby ni... :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....