»

05 July 2012

Harga Petrol Ron95 Turun..Terima Kasih



KUALA LUMPUR, 4 Julai - Harga jualan runcit petrolRON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepadaRM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini. Dalam satu kenyataan pada hari semalam, Menteri Kewangan KeduaDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.

JR: Hmmmm...Nampaknya turun naik harga minyak kini hanya tertumpu kepada RON97 sahaja. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia kini menggunakan RON95, mengapa harga Ron95 tak turun-turun? Kerajaan pun dah mengaku purata harga minyak telah menurun, tapi mengapa liat sangat nak turunkan  harga Ron95? Inilah yang ramai orang tak paham.

Tapi ada yang mencongak harga Ron 95 akan turun juga tak lama lagi. Bila? Lepas Parlimen dibubarkan dan tarikh pilihanraya ditetapkan oleh kerajaan. Harap-harap tak jadi macam tu lah, kan, kalau dah dekat pilihanraya sangat baru harga Ron95 turun terlewat sangatlah. Lagi pun yang nak mengundi bukan budak-budak tadika, mereka semuanya orang dewasa yang sihat mindanya...

Nota: Minta maaf, tajuk entri di atas tersilap cetak: patutnya Ron97, bukan 95..harap maklum.

4 comments:

  1. deno dah boleh mengundi :)

    harap2 ron95 akan turun juga masa akan datang.. alhamdulillah.. kerajaan banyak tolong rakyat :) bersyukur berada di bumi bertuah malaysia, ... ^a

    ReplyDelete
  2. ku ingatkan 95.kalau 95 lega laa sikit...dengan kos hidup yang semaknin meningkat...penurunan 95 akan sgt2 membantu!

    ReplyDelete
  3. Sebab ini semua nak buat cerita gempak. Keluar berita "HARGA MINYAK TURUN". Padahal yang turun itu bukan yang kita mampu guna. Ibarat Ferrari kata harga turun.

    Satu lagi nak selit. Anda tahu apa itu RON 95? Kerja saya sangat berkait dengan minyak. Carilah maklumat tentang RON 95 yang ada di Malaysia. Satu lagi, kalau rajin, cari penutup minyak Proton Saga lama yang asal. Akan tertera "RON 97 ONLY". Tak pelik bila kerajaan saran guna 95? Kereta pertama Malaysia pun patut guna 97. Itulah dia slogan 'Rakyat Didahulukan'. Hahah.

    ReplyDelete
  4. sokong gan romeo laut...minyak turun pun tidak banyak sangat..tue nak tarik perhatian...mengundi tak lama lagi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....