Salam malam Jumaat buat semua pembaca blog JR....
Soalan yang korang pasti tak suka jawab malam-malam Jumaat begini ialah: sapa pernah terjumpa pontianak?
JR walau banyak kali bertemu makhluk misteri (JR pernah banyak kali bercerita dalam blog ini), tapi tak pernah pula bertemu pontianak. Bukan saja tak pernah bertemu pontianak, malah tak pernah berharap untuk bertemunya walau sekali seumur hidup!!
Tapi bagaimana JR kata ada satu bandar tu dipenuhi dengan pontianak yang banyak berterbangan di udara?? Kerana banyaknya pontianak langsung bandar itu dinamakan kota Pontianak.
Pontianak sebenarnya adalah sebuah kota di Indonesia yang menjadi ibu negeri Kalimantan Barat. Orang Cina yang merupakan 25% dari penduduk Pontianak memanggil kota itu Khun Tien. Semasa berkunjung ke Sarawak beberapa tahun dulu ada seorang rakan JR berketurunan Cina yang beriya-riya mengajak JR sambung cuti untuk berkunjung ke Pontianak yang katanya sebuah bandar yang menarik, malah katanya lebih menarik dari Kuching. Tempoh masa perjalanan dari Kuching ke Pontianak katanya 8 jam. Tapi kerana perlu pulang segera ke Semenanjung JR menolak pelawaannya.
Bagi orang Kalimantan Barat, kota Pontianak juga dipanggil Kota Khatulistiwa kerana kota itu berada di tengah garisan lintang Khatulistiwa (sesiapa yang dah lupa mengenai apa itu Khatulistiwa sila rujuk balik buku geografi Tingkatan Satu!!). Selain itu kota Pontianak juga dilalui Sungai Kapuas yang merupakan sungai terpanjang di Indonesia. .
Asal nama Pontianak kononnya diambil sempena nama hantu pontianak yang suatu masa dulu menjadi majoriti 'penduduk' daerah itu. Kononnya ketika Sultan pertama Pontianak, Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie datang untuk membuka bandar itu beberapa ratus tahun dulu dia dan pengikutnya bertemu dengan banyak hantu pontianak. Syarif Abdurrahman terpaksa melepaskan tembakan meriam untuk menakut dan mengusir hantu pontianak yang begitu banyak di situ. Di mana meriam itu jatuh, di sanalah wilayah kesultanannya didirikan. Mudah saja orang dulu menanda sempadan negara kan??
Begitulah asal usul kota Pontianak. Kalau nak tau lebih panjang sejarahnya bukalah buku sejarah atau layari internet...
Satu masa jika umur panjang dan diizinkan Allah JR ingin ke sana. Bukan untuk bertemu dengan pontianak, tapi untuk melihat keunikan kotanya. Dan selain itu untuk membeli beberapa barangan, terutama buatan tangan yang kata orang Sarawak sangat murah harganya dijual di kota Pontianak...
Satu masa jika umur panjang dan diizinkan Allah JR ingin ke sana. Bukan untuk bertemu dengan pontianak, tapi untuk melihat keunikan kotanya. Dan selain itu untuk membeli beberapa barangan, terutama buatan tangan yang kata orang Sarawak sangat murah harganya dijual di kota Pontianak...
patutlah nama tempat tue Pontianak hihihi Baru kutahu tq share sejarah..
ReplyDeleteada juga kota pontianak ye... huhu
ReplyDeletetaknak la pegi tempat bersangkut pautan ngn pontianak ni. kyrang gemor :3
ReplyDeleteadoi! malam2 gini pulak tgk gambo tu...+_+
ReplyDelete