»

14 July 2012

Malam Penuh Nikmat


Ketika jejari JR sedang menari-nari menaip entri ni, mata rasa sangat mengantuk. Rasanya seperti tak dapat menghabiskan entri ni, mata rasa letih  sangat...

Apa pun syukur kepada Tuhan kerana masih memberikan nikmat mengantuk ini. Cuba bayangkan jika korang tak mengantuk sampai pagi, mata terkebil-kebil di atas katil melihat orang di sebelah sedang berdengkur kecil, pasti hati rasa gelisah, minda rasa payah.


JR pernah melihat bapa mentua (kini allayarham) menghadapi insomnia (penyakit susah tidur) selama berbulan-bulan hingga badannya yang tegap bertukar jadi seperti mayat hidup yang kurus kering...kesiannya. Jumpa doktor tapi doktor kata tidak ada ubat, doktor enggan beri drug yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

JR juga pernah terbaca ada manusia yang selama bertahun-tahun tak pernah tidur tapi masih sihat. Waktu orang tidur dia akan menyiapkan kerja rumah yang terbengkalai atau membuat apa-apa kerja bagi mengisi masa terluangnya yang banyak itu. 

Cukup sampai di sini saja celoteh JR malam ni (bukan malam, dah pagi ni...12.15!!), mata dah rasa nak terlelap ni.... Sekali lagi syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat mengantuk ini. Kita cuma dapat menghargai nikmat ini apabila Allah menariknya..

4 comments:

  1. syukurrlaa da ngantuk...saya ni,ha masih segar lagi ni...ehehehe

    ReplyDelete
  2. Waaaaa saya sampai sekarang pun x ble tido lagi ni haaa haduuiii...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik CR senang tido huhuhu...

    ReplyDelete
  4. deno kalau sakit atau terlalu penat baru tidur awal.. kalau tak pukul 1 pagi baru tido.. hihik..:)

    p/s: bersyukur juga dapat rasa nikmat tidur.. pernah terbaca dlm mastika org yg tak pernah tidur...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....