Orang Malaysia memang tak berhati perut?? Dah le tembak orang sesuka hati sering jadi berita akhbar, curah asid ke muka orang yang tak dikenali, potong alat kelamin, dan hari Selasa lalu kejadian yang menunjukkan betapa tak berhati perutnya orang Malaysia terbukti lagi. Kita kata orang Barat individualistik, orang kita apa kurangnya?
Paparan CCTV yang menghiasi beberapa akhbar hari ini menunjukkan betapa tak berhati perut sungguh rakyat Malaysia. Di Rifle Range, Pulau Pinang, seorang mangsa ragut, Tan Kim Chuan yang menjadi mangsa ragut dan terbujur ditepi jalan tak menerima sedikit pun simpati dari pejalan kaki. Rakaman CCTV menunjukkan tujuh orang berjalan di situ melintasi Tan yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan berdekatan rumah pangsa Rifle Range. Meraka berjalan selamba tanpa memperdulikan langsung mangsa ragut itu.
Tan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang sembilan jam kemudian akibat kecederaan yang dialaminya itu.
Memang hidup mati adalah takdir Illahi. Tapi mengapa tujuh orang orang yang melalui jalan itu buat-buat tak nampak Tan? Atau ketika itu mereka nampak Tan seperti kucing dan tikus yang memang tak layak dibantu??
Tengoklah antara wajah-wajah manusia tak berhati perut di bawah yang cuma melintas selamba di sebelah Tan yang ketika itu sedang bertarung nyawa:
Namun bukan semua rakyat Malaysia tak berhati perut. Walau ada tujuh manusia tak berhati perut, CCTV yang sama memaparkan empat individu lain telah tampil membantu wanita berusia 60 tahun itu, yang meninggal dunia kemudiannya akibat cedera di kepala.
Rupanya dalam negara Malaysia yang dipenuhi manusia tak berhati perut ini masih terdapat sebilangan yang berhati emas. Dan mereka yang berhati emas itu: dua Cina, seorang Melayu dan seorang India memang patut dipuji kerana kebaikan mereka.
Dan hari ini, keempat-empat mereka diiktiraf oleh kerajaan negeri Pulau Pinang atas sikap peri kemanusiaan mereka dan masing-masing dianugerahkan sijil penghargaan dan wang tunai RM200.
Mereka adalah Yee Yoon Mah, Saravana Kumar, Zarolnizam Talib dan Khoo Ean Oon.
Mah, 74, orang pertama dilihat di CCTV, mengangkat tongkatnya untuk memberitahu orang lain apa yang berlaku ke atas Tan, manakala Saravana, 32, dan Zarolnizam, 37, mengangkat mangsa ke tepi jalan.
Khoo, 57, menjaga mangsa dan merawat kepalanya ketika tiga orang yang lainnya berusaha untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.
Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang menyampaikan sijil dan wang tunai tersebut, berkata walaupun beliau kecewa dengan sikap mereka yang tidak tergerak untuk membantu Tan, tetapi yang lain telah tampil berbuat demikian.
Syukurnya kita kerana masih ada mereka yang 'berhati emas' (JR ambil tajuk lagu M.Nasir) di bumi Malaysia ini. Orang berhati emas ini ada dalam semua kaum seperti orang yang tak berhati perut yang juga ada dalam semua kaum di Malaysia...
hem , diorang tak pikir kalaw diorang susa nanti , macam mane rasenye kalaw takde orang tolong , hai ...
ReplyDeleteBetul tue JR..Orang sekarang dah tak ada budi bahasa...tak macam orang dulu2..
ReplyDeletesyukurrr laaa...faith in humanity restored! :P
ReplyDelete