»

06 July 2012

Promosi Jualan Arak Sempena Ramadhan Al-Mubarak!!


Tak sampai dua minggu lagi Ramadhan yang mulia akan menjelang tiba. Sekarang JR dah terbaca pelbagai promosi jualan sempena Ramadhan, terutamanya hotel dari hotel 5 bintang sampai hotel setengah bintang. Promosi berbuka puasa...semurah RM25+++ satu kepala pasti menarik ramai orang untuk membazirkan wang dengan makan sekenyang-kenyangnya di hotel hingga tak larat lagi nak bersolat terawih!! Restoran pun ada yang nak bersaing dengan hotel memberi promosi jualan makanan yang serupa sempena Ramadhan. Meriahnya Ramadhan tahun ini!

Tapi bukan saja hotel dan restoran yang sibuk menawarkan jualan murah sempena Ramadhan, syarikat arak juga berlumba-lumba menawarkan jualan murah untuk orang-orang Islam yang mahu berbuka puasa dengan meminum arak. Selepas lebih 12 jam tak makan tak minum, syarikat arak menawarkan minuman berbuka puasa dengan harga promosi yang sungguh istimewa:





(Foto-foto ihsan dari Batu Vs Kayu)

Cekap sungguh mereka yang business minded ni berniaga. Jualan hujung tahun, jualan. penghabisan stok, jualan sempena Krismas, jualan sempena Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya. Dan kini jualan minuman keras   sempena Ramadhan pula...

Ramaikah orang Islam yang berbuka puasa dengan meneguk arak? Tak tau berapa ramai, tapi rakan JR pernah bercerita dia sendiri pernah melihat seorang taukeh Cina dan kawan-kawannya meraikan rakan-rakan Melayu mereka berbuka puasa di sebuah restoran Cina. Apabila azan berbunyi, bisinglah suara mereka berebut-rebut menikmati hidangan nasi, sate, kuih dan pelbagai lagi juadah di atas meja (dimasak oleh orang Islam kononnya). Di penjuru meja ada pelbagai minuman termasuk air kuning berbuih di sebelah wajah-wajah Melayu yang dengan lahap sedang berbuka sambil sesekali meneguk air kencing setan itu, astaghfirullah...

7 comments:

  1. ish...tak menghormati langsung...apalah nak jadi...

    ReplyDelete
  2. hinanya mempergunakan ramadhan sebagai sebahagian promosi. sedih :(

    ReplyDelete
  3. Jenuh pakat mabuk waktu berbuka. Hahah.

    ReplyDelete
  4. kena pantau permis ni JR. seolah persendakan bulan mulia kita dibulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  5. emm... orang islam kita sekrang ni nama je islam.. tapi hanya pada nama.. bila iman tak kuat mula la terpengaruh dengan benda-benda haram macam tu... semoga kita dijauhkan daripada perkara2 yang dimurkakan oleh Allah swt..

    ReplyDelete
  6. ini yang berlaku pabila takde pemahaman diantara satu sama lain..

    ReplyDelete
  7. memang tidak menghormati orang Islam huhuhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....