»

09 July 2012

Gempar Pejabat PM Malaysia Diserang Ninja


Jangan lupa buka TV tengok berita jam 8 malam sekejap lagi. Ada berita gempar dekat pejabat Perdana Menteri (JPM), ada orang  mengamuk dengan menggunakan pedang samurai. Yang JR tau biasanya yang suka menggunakan pedang samurai cuma askar Jepun dan ninja. Mungkin lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri tu ninja kot...

Baca:


Lelaki pedang Samurai ceroboh JPM, mati di hospital
6:30PM Jul 9 2012
Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.


Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, laporUtusan Online.


Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.


Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.


Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia. (Sumber:MK)

Yang mengherankan JR ialah cara lelaki ni nak menggulingkan kerajaan..cuma pakai pedang samurai nak gulingkan kerajaan? Mungkin lelaki tu mamai kot, zaman Sultan Melaka dulu bolehlah nak guling Sultan guna pedang (ooopppsss...guna keris) seperti yang dibuat oleh Hang Jebat, tapi zaman ni masih ada orang nak guna pedang nak guling kerajaan? Pemberontak Syria guna kereta kebal dan senjata canggih pun tak boleh guling kerajaan, ini cuma guna pedang samurai?

Satu lagi yang mengherankan ialah lelaki tu kena tembak di tangan dan terus mati. Yang perempuan pula kena tembak di paha tapi cuma tercedera. Cuba  tengok gambar di bawah ni, lelaki tu nampak macam tak cedera teruk sangat pun macam mana dia boleh mati??


Mungkin dia kehilangan banyak darah? Atau mungkin dia dalam keadaan tertekan dikelilingi anggota keselamatan tiba-tiba diserang sakit jantung?

Apa pun al-fatihah untuk beliau...

4 comments:

  1. die mmg mati..aku ade kat situ dr mula smpi abis..al fatihah je lah...

    ReplyDelete
  2. al - fatihah, dah ajal dia.Allah lebih tahu ya

    ReplyDelete
  3. ada konspirasi disebalik ini?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....