Satu hari korang mandi berapa kali? JR biasanya mandi antara 2-3 kali sehari bergantung kepada keadaan. Kalau seharian berada di rumah memang boleh mandi 3 kali sehari, jika tidak, cuma 2 kali sehari. Tak pernah lagi seingat JR, JR tak mandi sekalipun sehari...tak pernah!
Tapi tau ke korang ada seorang lelaki di India yang tak pernah mandi selama 37 tahun? Bayangkan bagaimana bau badannya, apa lagi dia adalah seorang petani yang setiap hari bekerja di tengah ladang, dijemur oleh panas cahaya matahari seterik lebih 40 darjah, tapi tak pernah mandi. Badan lelaki itu pasti setiap hari mengeluarkan peluh yang banyak tapi selama 37 tahun dia tak pernah mandi, bayangkan bagaimana "harum" bau badannya?
Kailash Sigh, lelaki India berusia 65 tahun yang tinggal di kota Varanasi di tepi sungai Ganges India itu terakhir kali mandi ialah pada tahun 1974, tak lama setelah dia berkahwin. Dia juga dalam tempoh itu tak pernah menggunting rambut, misai dan janggutnya yang telah memanjang hingga ke paras kaki.
Kailash Singh...hensem!!!
Apabila ditanya alasannya, Kailash mengaku tidak mandi kerana dia mahu seorang anak lelaki kerana semua 7 orang anaknya adalah perempuan. Dia yakin jika terus tidak mandi, suatu ketika isterinya akan mengandung seorang anak lelaki. Apa hubungan tak mandi dengan kelahiran anak lelaki tak tau lah pula!!
Sementara itu, isterinya, Kalavati Devi yang berusia 60 tahun menyatakan dia sangat risau dengan keadaan suaminya yang tak mau mandi berpuluh tahun itu. Devi sudah banyak kali mengancam tidak mahu tidur sekatil jika Kailash terus tidak mandi, tapi ancaman itu tidak pernah diindahkan suaminya.
"Kami banyak kali berusaha memandikannya secara paksa, tapi suami saya akan mengamuk dan kemudian lari dari rumah. Katanya dia lebih rela mati daripada dipaksa mandi. Dia menyatakan hanya akan mandi jika sudah punya anak lelaki," kata Devi.
Tidak seperti orang lain yang tak senang dengan tingkah laku Kailash, sebaliknya anak perempuan sulungnya Pooja pula bangga dengan kelakuan ayahnya kerana katanya dia dikenali ramai di sekolah kerana keunikan ayahnya itu. Gadis 16 tahun itu mengaku ramai yang berebut-rebut ingin bertemu dengan ayahnya cuma untuk melihat secara dekat lelaki yang paling busuk di dunia itu....
"Rakan-rakan sekolah selalu kagum bagaimana ayah saya boleh hidup bertahun-tahun tanpa mandi. Ramai yang ingin melihat wajah ayah dengan mata kepala sendiri" kata Pooja.
Kalau korang nak baca lagi selanjutnya mengenai manusia terbusuk di dunia ini, selaklah di sini...
mesti busuk gila...37 tahun tak mandi..
ReplyDeleteadoi....kagum???kagummm???
ReplyDeletemmmm....
warghhhh!!!! apakahhhhhh??????