»

16 July 2012

Comelnya Wang Kertas Baru...Jom Tengok


Sapa masih ingat tentang wang kertas RM20? Sebenarnya wang kertas RM20 ni dah lama dihentikan pengedarannya sejak 1995 lagi. Bagi yang masih ingat, inilah bentuk wang kertas RM20 lama:

Duit RM20 Baru


Tapi wang kertas RM20 yang telah lama menghilang diri sejak 17 tahun yang lalu itu kini muncul kembali mulai hari ini dengan wajah baru yang lebih menawan:
Wang kertas baru RM20 Gambar wang kertas RM20 baru
Bukan saja wang kertas RM20, mulai hari ini Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas baru bernilai RM1, RM5, RM10 dan RM100. Jadi jika korang yang dah berkira-kira nak simpan duit baru untuk disedekahkan kepada kanak-kanak pada hari raya ini bolehlah mengumpulkannya mulai sekarang yang boleh diperolehi menerusi bank-bank, pasar raya dan kedai runcit.
Mengikut Bank Negara, antara teknologi baru yang diperkenalkan untuk wang kertas baru bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna. Mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.





Memang comel kan? Tapi bagi JR selain dari bentuknya yang menawan, diharap wang kertas baru ini akan mempunyai lebih daya tahan dan tak mudah dipalsukan, betul tak?

6 comments:

  1. star guna pakai hari ni kan duet baru ni

    ReplyDelete
  2. bru dpt tgk pic...xdpt tgk btui2 g det baru :(

    tp tgk cantik n come kan det baru...
    :)

    ReplyDelete
  3. ohoho sy ingat yang rm20 lama tu...tapi masa tu baru tadika,jadi vague sikitlah...tapi ingat2 lupa la...hehehe

    ReplyDelete
  4. Duit makin kalerful macam duit mainan monopoli plak. Saya tak suka duit syiling la JR. Saya rasa ntah dah berapa banyak kali dah saya terbayar duit 50sen tu utk harga 20sen. Sebab saiz dgn warna sama. Cuma 50sen ada gigi yg tak berapa tajam je.

    ReplyDelete
  5. duit sekarang semakin cantik dan berwarna-warni...

    ReplyDelete
  6. Duit lama.bagi saya lebih menarik kerna penuh dgn nilai seni tradisional dgabungkn pula dgn warnanya yg menarik.spt rm20 lama ini yg pnuh dgn nilai kmelayuan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....