Pagi tadi ketika JR sedang bersiap-siap nak keluar rumah, anak perempuan JR yang sudah sedia nak ke sekolah terlompat-lompat di ruang tamu macam ada duri menyucuk-nyucuk kakinya. JR juga heran, eh...apa kena budak ni??
"Horeee..horee..horee...boleh bawa henset ke sekolah!!" jeritnya sambil tergedik-gedik melompat seronok.
Bila JR beliakkan mata ke skrin TV ternampaklah wajah Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran yang sambil tersenyum menyatakan mulai tahun depan (2013) murid-murid sekolah mungkin dibenarkan membawa henset ke sekolah.
Eh, begitu pula, kata hati JR. Mula-mula dulu memang tak ada peraturan murid-murid tak boleh bawa henset ke sekolah, lalu ramailah murid ketika itu yang bawa henset ke sekolah. Tapi lepas pihak sekolah pening kepala kerana banyak masalah yang timbul bila ramai murid bawa henset ke sekolah, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan pekeliling melarang henset dibawa ke sekolah. Sebelum keputusan dibuat perbincangan telah dibuat dengan pihak sekolah, ibu bapa dan lain-lain pihak berkepentingan dan itulah keputusannya: henset tak boleh dibawa ke sekolah.
Tapi kini keputusannya berubah lagi: dah boleh bawa henset ke sekolah pulak. Kononnya kata Menteri keputusan itu dibuat berdasarkan pandangan ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah. Nampaknya Kementerian Pelajaran pun dah jadi macam FAM dengan hikayat bolanya: sekejap boleh ambil pemain import, sekejap tak boleh, kemudian boleh balik, kemudian tak boleh sekali lagi dan kini boleh ambik pemain import balik untuk main bola...
Mengikut Menteri salah satu alasan mengapa henset boleh dibawa ke sekolah ialah untuk menangani kes-kes kecemasan. Tak tau lah dah berapa banyak kes kematian, kecederaan, penculikan dan lain-lain yang berlaku kerana anak-anak tak bawa henset ke sekolah, mungkin Menteri ada statistiknya.
Bagi JR yang ada anak-anak di sekolah tak pernah nampak faktor kecemasan mewajarkan anak-anak bawa henset ke sekolah. Semua sekolah ada telefon pejabat, jika ibu bapa ada kes kecemasan ibubapa cuma perlu menghubungi sekolah. Kalau anak di sekolah dalam keadaan kecemasan pula, pihak sekolah setakat ni tak ada masalah untuk menghubungi ibu bapa (ini dari pengalaman JR sendiri). Apa yang ibu bapa perlu buat cuma simpan nombor telefon sekolah di samping nombor telefon guru kelas anak masing-masing. Kecualilah ibu bapa yang tak ambil pusing hal anak-anak, mereka tak akan teringat untuk buat benda tu.
Dulu masa belum ada pekeliling yang melarang henset dibawa ke sekolah ramai kawan-kawan JR yang terdiri dari guru menyatakan pihak sekolah dalam keadaan serba salah kerana sudahlah banyak masalah yang perlu ditanggani oleh pihak sekolah yang dah cukup membebankan, kemudian masalah telefon bimbit lagi...bertambah peninglah mereka. Antara masalah yang sering timbul ialah kes kehilangan telefon bimbit, tumpuan murid-murid di sekolah lebih kepada skrin henset dan pergaduhan antara murid yang berpunca dari henset.
Sekarang Menteri dah kata tahun depan murid-murid mungkin boleh bawa henset pula. Bila kata mungkin ini bermakna mungkin jadi, mungkin tak jadi. Tapi cara Menteri cakap macam nak jadi aje...tahun depan semua murid (termasuk anak-anak JR) boleh bawa henset, hoooreyy!!
Anak-anak kita mungkin seronok boleh bawa henset, waktu rehat boleh main game, tengok drama Korea, boleh sms boy fren dan girl fren masing-masing.. Yang pening kepala ialah pihak pengurusan sekolah...
Yela, myb kalo pelajar bijak gunakan x jadi masalah....
ReplyDeleteBg sy, lebih byk negatifnya...
Masa yg terluang bukan lg dgn buku, tp msing2 kyusyuk n tekun dgn ipad masing2...
Bagi pendapat cr...tak elok kalau anak kita bawak handset ke sekolah...nanti dorang malas nak belajar..
ReplyDeletemacam2 hal =), dalam blog saya, ada juga senaraikan pro dan kontra isu ini.
ReplyDeleteDr. Wee kata ibu bapa sendiri yg minta kementerian benarkan gajet ke sekolah.
Tapi, mesti bawa lebih keburukan dari baik nya =)
http://monkeymacho.blogspot.com/2012/07/kementerian-benar-pelajar-bawa-gajet.html
kerana gini,timbulah social disparity yang lebih lebar,buli,curi dan leka.
ReplyDeletelol.