»

14 July 2012

Konpius..Konpius..Ketua Polis Mana Nak Percaya Ni??


Agak-agak korang yang mana satu kita sebagai rakyat biasa ni nak percaya:

i) Ketua Polis Negara sekarang Tan Sri Ismail Omar kata kadar jenayah di Malaysia sekarang semakin berkurang 

ii) Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula kata kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat (berdasarkan laporan kes-kes jenayah yang semakin serius). Seterusnya Tan Sri Musa meminta polis jangan sorok fakta kerana  sememangnya jenayah di Malaysia semakin meningkat:

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

July 13, 2012

Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” — Foto oleh Amin Iskandar


KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.
“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010. (Sumber: Malaysian Insider)
JR konfius betul dengan kenyataan Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Negara kita ni. Tan Sri Musa pernah jadi Ketua Polis Negara selama 4 tahun, tak kan dia nak bohong pula apa yang berlaku di depan matanya. Tan Sri Ismail Omar pula baru jadi Ketua Polis Negara hampir 2 tahun, tak kan dia memutar belitkan fakta pula seperti Tan Sri Musa kata.

Apapun satu hal yang pasti ialah buka saja surat khabar setiap hari terutama akhbar Metro dan Kosmo ia penuh dengan berita tembak, rogol, bunuh, curi, pukul, ragut dan lain-lain jenayah, hingga kalau bacanya hari-hari rasa macam tak selamat tinggal di bumi Malaysia ni. Mungkin juga kadar jenayah dah menurun  seperti kata Tan Sri Ismail, tapi kes-kes jenayah semakin meningkat pula.

Konpius, konpius.....

4 comments:

  1. nak tau meningkat ke tak kita kena tgk statistik Polis, he3. Harap Polis tak la sorok statistik yg sebenar

    ReplyDelete
  2. tgk dari angle ni...bekas KPN da xperlu risau apa2...jadi ckp jer la...yang current kpn kena berhati2 dengan apa yang diinformkan...hmmm...sy setuju dengan bekas. :)

    ReplyDelete
  3. Xde konfiusnya JR,
    tgk je sekeliling kita, mcm2 kes...
    Xpenah reda...

    ReplyDelete
  4. Nak sidai kain pon takut,
    depan rumah je org ble acu parang...

    Ramai org terdesak,
    yg pting kita sendiri berjaga...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....