»

03 July 2012

Malam Nisfu Syaaban: Amalan Bidaah Dan Sesat??

 

Sapa yang tau hari ni berapa haribulan? Pasti semua angkat tangan: "Hari ni 3 Julai cikgu!!"

Betul tu murid, hari ni 3 Julai 2012. Semua orang tau hari ni 3 Julai 2012.

Tapi jika JR tanya hari ni berapa haribulan mengikut kalendar hijrah? Pasti ramai yang tergagap-gagap menjawabnya. Yang ramai orang ingat, Ramadhan dah dekat, beberapa hari saja lagi berpuasalah kita, tapi hari ni berapa haribulan Hijrah tak ingat pula. Pandai sungguh orang putih menipu orang Islam sampai kita dah tak ingat kalendar sendiri lagi!!

Sebenarnya hari ni 13 Syaaban 1433. Esok 14 Syaaban. Bila pertengahan Syaaban ni, ramailah orang Islam bercakap tentang malam Nisfu Syaaban....Tapi apa hukumnya menyambut malam Nisfu Syaaban?

Sebelum ditanya hukumnya, tahukah korang apakah Nisfu Syabaan sebenarnya?

Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.

Berbalik kepada soalan JR mula-mula tadi:  apa hukumnya menyambut malam Nisfu Syaaban?

Ulamak Islam dunia tersohor masa kini, Dr. Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang malam Nisfu Syaaban ini. Kata ulamak terkenal dari Mesir yang juga merupakan Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid   untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negera orang Islam. Bahkan di sebahagian negara, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga doa yang bercanggahan dan bertentang maknanya…Perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negera orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam NERAKA.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Apapun, bagi JR, tak salahnya kita menambahkan ibadat sebelah malam pada bulan Syaaban, Ramadhan atau bulan-bulan lain juga. Yang penting ibadat dalam bulan apa pun hendaklah berlandaskan hukum dalam al-Quran dan sunnah....

14 comments:

  1. Betul tu JR. Kalau boleh biar istiqamah... Cuma jgn la berlebih2 ibadat sampaikan dah tahap extreme. Takut 'amalan' yg dibuat tu satu sia2..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam JR..
    Akak Ada terbaca juga Artikel itu. 
    Akak hanya berpegang pada jalan2 yang di redhai, betul tu JR.. Beribadah yang berterusan tak mengira bulan itu yang lebih menfaat. 

    Rasulullah pernah bersabda: Rejab itu bulanAllah, Syaaban itu bulanku Dan Ramadhan itu bulan umatku.

    Rasulullah bersabda lagi. Barangsiapa yang mengingati kedatangan Syaaban, haram baginya neraka. 

    Setiap ganjaran Dari Allah itu adalah hadiah, setelah sempurna yang wajib yakni yang di tuntut. 
    Beramal lah sebanyak yang mampu, kerana kita tak tahu manakah yang terbaik di sisi Allah.

    Akak pun belum terjumpa lagi mana2 hadith yang sahih  tentang sambutan mlm nisfu Syaaban ini, tetapi sekiranya ibadah itu di kerjakan beramai2, atas tujuan menyemarakan lagi keagungan Islam. Akk boleh terima.

    *** Jom heboh Johor, 500 ribu pengunjung yang menyambutnya. Apa salahnya Ada 50 org membaca yasin di surau atau di mesjid untuk mengingati bulan hijrah yang penuh barakah ini. Wallahualam.


    ***maaf JR.. Dua komen terawal terdapat kesilapan fakta..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Berdasarkan ceramah yg sy dgr dr ustaz abu hassan din, tak semestinya semua bida'ah sesat dan masuk neraka.. Jika perkara yg diada-adakan itu perkara baik dan tak salah dr segi agama, x kan masuk neraka juga.. Contoh: zaman nabi & sahabat dulu lps solat takde pun buat zikir lps solat tapi kita buat, bida'ah yg baik..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Sambungan dr komen sebelumnya..

    Doa dimalam nisfu sya'ban adalah sunnah, dan memang jelas riwayat dimalam itu adalah ditentukannya takdir2 ketentuan kita hingga 15 sya'ban yg akan datang, walaupun pendapat terkuat adalah malam lailatulqadar..

    So, doa di malam itu adalah amalan yg mulia, pasal baca Yaasiin 3x itu adalah saranan para ulama, kalau ini dikatakan bida'ah, ia adalah bida'ah hasanah, sebagaimana banyak bida'ah2 hasanah yg para sahabat ra buat dulu, telah diperbolehkan oleh Rasul saw dgn hadisnya:
    "Barangsiapa membuat kebiasaan baru berupa kebaikan maka baginya pahalanya dan pahala orang yg mengikutinya, dan barangsiapa yg membuat kebiasaan buruk berupa kebaikan maka baginya dosanya dan dosa orang yg mengamalkannya" (Shahih Muslim hadits no.1017).

    Buat dapat pahala.. Tak buat tak la berdosa..

    ReplyDelete
  7. Pearl Kaz, Deru Ombak, Syahrin Mohammad: Saya sangat menghargai semua komen-komen anda. Niat saya memasukkan pandangan Dr Yusuf al-Qaradawi bukan untuk menimbulkan polemik tapi sekadar berkongsi pendapat ulamak-ulamak lain, apa lagi ulamak tersohor dunia yg sering menjadi rujukan ilmuan agama kita....

    ReplyDelete
  8. salam JR dalam kehidupan perkara yg mesti kita laku sebagai org islam memelihara al-quran kerana ayat 1 surah al-bakhrah bermaksud"kitab ini (al-quran) tidak ada keragguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"...sebenarnya itulah panduan di atas dunia ini...soal nisfu syaban ..kalau bolih minta ampun dgn allah lebih 3000 kali, dipelihara kematian kita dari kesesatan, dijauhkan dari seksaan kubur dan seksaan api neraka...dan al quran ada segala galanya...dari mula sehingga ke akhir..kiamat ceritanya jelas dalan al-quran

    ReplyDelete
  9. Betul... sy agree dgn Syahrin... :)

    ReplyDelete
  10. Betul... sy agree dgn Syahrin... :)

    ReplyDelete
  11. Betul... sy agree dgn Syahrin... :)

    ReplyDelete
  12. Betul... sy agree dgn Syahrin... :)

    ReplyDelete
  13. terima kasih JR,seperti biasa kerana sudi mengajar. :)

    ReplyDelete
  14. Betul jr...Cik Rose suka baca entry nie...tidak semestinya nisfu syaaban baru nak buat amal...bulan2 lain pun boleh jugak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....