»

02 July 2012

Di Persimpangan....


Malam tadi kawan lama JR telefon. Disebabkan nombor telefonnya tak disimpan dalam rekod henfon JR, susah JR nak teka siapa dia. Dia pula buat-buat kecik hati sebab JR tak kenalnya. Dia minta JR teka. Katanya dia dari Simpang Empat.

Simpang Empat? Banyak tempat bernama Simpang Empat di Kedah. Di Perlis dan Pulau Pinang pun ada tempat   bernama Simpang Empat. Di mana-mana saja ada simpang empat, orang-orang tua dahulu menamakan tempat itu  Simpang Empat. 

Akhirnya selepas puas berteka teki baru JR ingat dia adalah rakan sekelas JR masa Tingkatan Enam di Pulau Pinang dulu. Kawan JR itu berasal dari Simpang Empat (ejaannya: Simpang Ampat), Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan bukannya Simpang Empat, Alor Setar, Simpang Empat, Baling atau Simpang Empat dekat Kangar.

Banyak sangat Simpang Empat. Agaknya di semua negeri ada tempat bernama Simpang Empat betul tak?

Begitu juga tempat bernama Simpang Tiga. Dekat kampung JR di Pulau Pinang dulu ada empat tempat bernama Simpang Tiga. Asal aja ada jalan bersimpang tiga, terus tempat itu dipanggil Simpang Tiga. Di negeri lain pun pasti ada tempat bernama Simpang Tiga, betul kan?

Begitu juga tempat bernama Simpang Lima. Ada beberapa tempat bernama Simpang Lima, termasuk dekat Parit Buntar, Perak dan Kelang, Selangor.

Tapi tempat yang bernama Simpang Enam tak banyak di Malaysia. Bukan senang nak melalui jalan yang ada enam simpang. Kalau ada jalan yang simpangnya sampai enam pasti susah juga nak melintas jalan. Tapi masa JR pergi Johor dulu ada melalui satu kampung yang namanya Kampung Simpang Enam berdekatan Batu Pahat. Di Pulau Pinang juga ada satu tempat bernama Simpang Enam terletak berdekatan Komtar. Yang paling popular di Simpang Enam, Penang ini ialah Nasi Kandar Kassim. Ia terletak di seberang Komtar berdekatan Gama Supermarket. Mengikut aruah ayah JR, Nasi Kandar Kassim ni adalah nasi kandar yang paling sedap di dunia yang telah beroperasi sejak tahun 1950an lagi! Kerana dah lama tak melalui Simpang Enam, JR pun tak pasti sama ada Nasi Kandar Kassim ini masih wujud atau tidak. Sekarang kalau ke Penang bila mengidam nak makan nasi kandar JR lebih suka ke Line Clear, nasi kandarnya memang ori punya.

Panjang juga entri ni, asyik bercerita tentang simpang, akhirnya kisah asal mengenai rakan lama JR dah  menyimpang jauh...

4 comments:

  1. dulu saya sekolah di simpang lima batu pahat johor. batu pahat pun ada juga di perlis kan? :p

    ReplyDelete
  2. hahah tak apa tak apa menyimpang jauh...suka penulisan jr...sempoi aje...tapi smart... :)

    ReplyDelete
  3. kalau kes2 tak tau sapa yang call ni selalu berlaku kat saya...malu pun ada bila kawan rapat yang call...yang lama xjumpa...tapi xsimpan no fon...adoi!

    ReplyDelete
  4. memang jalan banyak simpang hihihi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....