»

15 July 2012

Iklan Solat Macam Ni Tak De Ke??


Orang Melayu selalu bangga bila kerajaan selalu kata Malaysia negara Islam. Malaysia memang negara Islam sebab itu di Genting Highland telah diwujudkan  pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara. Malaysia memang juga negara Islam sebab itu di sini kilang arak bebas beroperasi. 

Malaysia memang patut digelar negara Islam sebab di sini banyak tumbuh masjid, masjidnya pula besar-besar: masjid Putrajaya, masjid Wilayah Persekutuan, masjid Shah Alam, Masjid Negara, malah masjid tanpa kariah: Masjid Kristal. Kebanyakan masjid di Malaysia memang hebat, tapi yang tak hebatnya ialah jemaah yang solat di masjid tak ramai kecuali ketika solat Jumaat dan solat Hari Raya. Masjid cuma jadi perhiasan dan tempat menunjuk-nunjuk kita negara Islam, bukan tempat beribadat...

Bagi membuktikan Malaysia negara Islam, setiap kali masuk waktu solat TV kita menyiarkan azan bagi mengingatkan waktu solat sudah tiba. Tapi lepas menyiarkan azan, TV kembali menyiarkan iklan tuala wanita, iklan ubat memantapkan keintiman suami isteri, iklan memperagakan tubuh wanita untuk melariskan shampoo dan produk-produk lain. Tak pernah pula TV kita teringat membuat iklan mengajak penonton berhenti seketika tengok TV untuk bersolat, seperti iklan ini:






Kalau TV terlintas nak buat iklan macam ni, dapat juga sedikit pahala bagi mengimbangi dosa-dosa kering yang kita lakukan setiap hari...

1 comment:

  1. tu la org kata,pergi ke luar,jelajah dan tgk cara org lain. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....