Hari ini JR belajar satu istilah baru dalam Bahasa Melayu: "tolol bahasa".
Korang pernah dengar tolol bahasa? Korang tak akan jumpa istilah tu dalam Kamus Dewan, sebab ia baru diperkenalkan hari ini.
Korang pernah dengar tolol bahasa? Korang tak akan jumpa istilah tu dalam Kamus Dewan, sebab ia baru diperkenalkan hari ini.
Apa sebenarnya tolol bahasa?
Datuk Dr Abdul Latif
Mengikut Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar orang yang tolol bahasa ini terdiri dari pemimpin yang kelihatan Melayu hanya dengan berpakaian tradisi (pakai baju Melayu bersongkok), tetapi gemar berbahasa Inggeris walaupun bahasa Inggerisnya pun tidak betul, lintang pukang...
"Dia (pemimpin) memikirkan bahasa asing (bahasa Inggeris) itu hebat. Dia tahu (bahasa kebangsaan) tetapi dia tolol sedikit," kata beliau.
Antara contoh pemimpin tolol bahasa mengikut Datuk Dr Abdul Latif ialah:
i) Kerajaan sudah berulang kali menetapkan mesyuarat kerajaan dalam bahasa Melayu tetapi pemimpin ini buat mesyuarat dalam bahasa Inggeris.
ii) Pemimpin ini bila ditanya wartawan dalam bahasa Melayu dia akan jawab dalam bahasa Inggeris, seperti yang selalu kelihatan di TV. Itu pun nahu bahasa Inggerisnya salah (Bahasa Melayu pun dia tolol, bahasa Inggeris pun dia tolol).
Akhirnya nasihat daripada Datuk Dr Abdul Latif: "Pemimpin yang tolol bahasa ini berubahlah, bertaubatlah. Ini negara kita ada bahasa kita, bukan bahasa asing. Gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan," katanya.
Jika korang nak baca interview penuh dengan Datuk Dr Abdul Latiff, klik di sini...
Jika korang nak baca interview penuh dengan Datuk Dr Abdul Latiff, klik di sini...
ouh jadi itu maknanya . maka jgn la kita menjadi tolol bahasa .
ReplyDeletehambekkk...kann da kene sound tolol bahasa...@_@
ReplyDeletehihihi kan dah kena sound..
ReplyDelete