»

19 July 2012

Mengapa Orang Ramai (77%) Kata Dr Mahathir Diktator?

Antara negarawan yang JR paling hormati di Malaysia ialah Dr Mahathir. Bukan kerana Dr Mahathir orang Kedah dan JR juga kini tinggal di Kedah, tapi JR kagum dengan cara Dr Mahathir berfikir yang seringkali menjangkau pemikiran pemimpin-pemimpin lain yang kelihatan tak setaraf dengannya. Dan pemikirannya yang jauh ke hadapan berserta izin Tuhan itulah menyebabkan Dr Mahathir telah berjaya mengubah dengan pantas lanskap Malaysia dari sebuah negara kurang maju kepada negara sederhana maju. 

Tapi sebagai manusia biasa Dr Mahathir memang ada kelemahannya dan salah satu kelemahan Dr Mahathir ialah cara dia mentadbir negara yang terlalu tegas, tak mau bertolak ansur dan percaya dia seorang saja yang betul. Lalu ramai orang melabel Dr Mahathir sebagai pemerintah diktator setaraf Hitler (Jerman), Stalin (Rusia), Maoze Dong (China), Pol Pot (Kamboja), Suharto (Indonesia), Muammar Qadafi (Libya) dan Husni Mubarak (Mesir) yang juga digelar diktator oleh rakyatnya.

Dr Mahathir nampaknya sangat marah bila dia digelar diktator. Sapa yang tak marah, jika korang ketua di sesuatu organisasi, tiba-tiba ada orang kata korang adalah diktator pasti korang juga marah. 

Oleh itu Dr Mahathir dalam blognya semalam meminta pengunjung blognya menyatakan sama ada dia dilihat seperti seorang diktator semasa menjadi Perdana Menteri dahulu atau sebaliknya. Dia juga mencabar orang ramai membuktikan dia adalah seorang diktator.

Berdasarkan permintaan Dr Mahathir itu, Sinar Harian (SH)  telah membuat undian untuk melihat pandangan orang ramai sama ada mereka bersetuju atau tidak Dr Mahathir adalah seorang diktator. Dan inilah keputusan undian SH:


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilabel seorang diktator? Anda:

Setuju
77 %(706)
Tidak setuju
23 %(215)
Jumlah Undian: 921

Keputusannya kebanyakan pembaca Sinar Harian (77%) percaya dan setuju bahwa Dr Mahathir adalah seorang pemimpin diktator.

Apa pula kata orang lain? 

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan dalam SH juga mengaku Dr Mahathir memang seorang diktator tapi "diktator terpimpin".


"Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip. Pemimpin seperti ini diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat" kata Dr Azmi.

Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula berkata Dr Mahathir adalah seorang pemimpin "separuh diktator".


Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.


Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


"Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya.

Pendapat korang bagaimana? Memang bukan semua orang berani meluahkan isi hatinya bila ia membabitkan orang-orang yang ada kuasa....

6 comments:

  1. Huhuu tak tau nk komen cemana ni :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak reti nak komen kali ni. Rasanya sebab dia dipanggil diktator tu pasal dia tolak hukum hudud kot. Tapi tak sure sgt. Masa zaman pemerintahan dia dulu saya tak berapa amik tau sgt pasal politik Malaysia. Yg saya tau dia mmg ramai masukkan org dlm ISA.

    ReplyDelete
  3. Saya berasal dari Kg Mamali, Baling, Kedah. Saya tak dpt memaafkan apa yg terjadi pd tahun 1985 semasa DR Mahathir jadi PM di mana seramai 15 org yg baru lepas solat subuh dibunuh beramai2 oleh pasukan polis hutan. Sampai sekarang waris2 mereka yg meninggal dan saksi2 yg cacat akibat tembakan membuta tuli polis itu masih menunggu keadilan utk mereka. Kami berjanji akan mendakwa mereka yg melakukan kekejaman itu diakhirat nanti....

    ReplyDelete
  4. apabila diminta untuk mengulas samada t mahahtir seorang diktator,hmm...macam mana eh...apa yang dia pernah lakukan dulu - operasi lalang,98,anwar ibrahim,freedom media etc...actions speak louder than words. setiap pilihan raya BN akan menang 2/3 parlimen tun memang jaga dengan ketat semasa pemerintahan dia.

    jadi nak dikatakan diktator,ada ciri2 yang menunjukkan dia seorang diktator...samada itu bende baik atau tak baik.terserah kepada setiap orang untuk menilai.

    ReplyDelete
  5. kalau tak tegas, rakyat jadi manja... semua nak kerajaan tolong dan tak berusaha sendiri.. hanya pendapat...

    ReplyDelete
  6. No komen JR..CR pun tak tahu huhuhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....