Awas korang...hati-hati bila berada dalam gelap. Dalam gelap semua boleh jadi. Dalam gelap kadang-kadang kita yang jadi mangsa walaupun sasarannya adalah orang lain. Tapi kadang-kadang gelap juga menyelamatkan seseorang yang sepatutnya jadi mangsa, tetapi akhirnya orang lain pula yang jadi mangsa...
Itulah yang terjadi di Kulim, Kedah pagi semalam seperti yang dilaporkan dalam SinarHarian. Seorang lelaki gila seks yang hendak melepaskan nafsunya kepada seorang gadis sunti tapi yang jadi mangsa ialah nenek gadis tu.
Dalam laporannya kepada polis, nenek yang berusia hampir 70 tahun memberitahu dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki. Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan nenek itu.
Bukan nenek ni...cuma gambar hiasan...
Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"
Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tak bekerja kerana usianya pun dah dekat 70 tahun.
Suspek yang terkejut segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.
Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan...
Cucu kepada nenek itu mungkin sekarang masih mengurut dadanya...lega...Jika tak kerana neneknya yang berada di bilik air pagi semalam mungkin dia sudah diperkosa oleh lelaki gila seks itu. Dan mujur juga lelaki itu tak mengapa-apakan nenek 70 tahun itu. Jika tidak....adooooooiiiii....
Sekali lagi pesanan JR: berhati-hati ketika berada dalam gelap....
hahha adoi, buat malu betul haha
ReplyDeleteades ! seramnya !
ReplyDeleteaduiii.. dahsyat sngt. tu la, hikmah di sebaliknya. hrmmm..
ReplyDeletehasih! mcm skrg... bahaya betul!
ReplyDeleteadoi adoi...boleh pulak gini...giler giler...@_@
ReplyDeletepadan muka perogol tue...memang terkena..hihihi
ReplyDelete