Ramai orang kata perempuan punya satu akal dan sembilan nafsu. Lelaki pula kononnya satu nafsu dan sembilan akal. Dari mana asalnya kata-kata itu tak taulah. JR pernah tanya seorang ustaz, dia kata tak pernah ada hadis mau pun dalam al-Quran yang menyebut hal ini.
Cuma perempuan lebih bernafsu dalam beberapa hal seperti berpakaian dengan fesyen terkini, elegan dan suka mempamerkan barang perhiasan adalah perkara biasa. Malangnya kerana ada perempuan yang seperti itu, ia turut menjejaskan nama baik suami mereka. Ramai pemimpin dunia yang jatuh kerana lagak isterinya. Salah satu punca kejatuhan Hosni Mubarak, presiden Mesir sebelum ini ialah kerana lagak isterinya Suzanne. Begitu juga kejatuhan presiden Tunisia tahun lepas adalah kerana lagak isterinya. Di Asia Tenggara pula kejatuhan presiden Marcos Filipina dikaitkan dengan perangai hodoh isterinya Imelda, manakala presiden Suharto di Indonesia juga serupa, dia jatuh kerana lagak keterlaluan isterinya Ibu Tien.
Mengapa para isteri pemimpin selalu berlagak keterlaluan? Adakah kerana mereka digelar di negaranya sebagai "Wanita Pertama" (First Lady) mereka mahu menunjukkan merekalah yang "pertama" dalam banyak hal?
Di Malaysia? Tak mau komen...ia kes sensitif...Rasanya isteri PM kita tak macam tu kot (ehem..ehem...)
Tapi yang paling pelik ialah isteri Presiden Mesir yang baru memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini, Naglaa Ali Mahmoud:
KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.
Naglaa
Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai orang lain.
Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di Mesir.
Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat.
"Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya. (SH)
Rupanya ada juga isteri pemimpin negara yang macam ni: bersifat sederhana dan tak mau digelar "Wanita Pertama". Ingatkan semua mereka macam yang lain-lain tu...
JR: Sampai sekarang masih konpius sapa "Wanita Pertama" Malaysia. Masa dulu DYMM Raja Permaisuri Agong digelar "Wanita Pertama", tapi sekarang isteri PM pula dipanggil "Wanita Pertama". Konpius sungguh!!
nak sangat gelaran first lady tu...+_+
ReplyDeletehihihi...cr pun konpius...
ReplyDelete