»

15 July 2012

Kurang Tidur Punca Badan Gemuk Dan Diabetes


Korang tidur berapa jam satu malam? Bagi yang tidur tak cukup kerana asyik melayan blog, Facebook, Twitter, chatting dan sebagainya, jaga-jagalah korang...
Masa JR kecil-kecil dulu, asal tengok orang bermuka pucat dan cekung, ramai yang membuat andaian orang tu tak cukup tidur. Tak cukup tidurlah kononnya yang membuatkan seseorang itu jadi kurus dan tak bermaya. Kaki tidur pula dikatakan akan cepat gemuk kerana kerjanya cuma makan dan tidur aje...


Tapi rupanya andaian itu salah.  Kajian menunjukkan bahwa kurang tidur boleh menyebabkan berat badan meningkat dan menyebabkan risiko penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis @ diabetes ni sangat bahaya tau, silap-silap kaki terpaksa dipotong dan jika masih tak baik mungkin malaikat maut akan memotong nyawa korang...


Mengapa kurang tidur boleh menyebabkan gemuk dan diabetes?? Mengikut kajian sekumpulan penyelidik Universiti Tubingen and Lubeck di Jerman dan Universiti Uppsala di Sweden kesan tidur yang singkat boleh meningkatkan rasa lapar. Kurang tidur akan meningkatkan rasa lapar akibat penambahan  jumlah ‘hormon lapar’ ghrelin yang dikesan dalam darah mereka yang kurang tidur. Ini menyebabkan berat badan bertambah di samping mengurangkan keupayaan badan untuk membakar kalori dan akhirnya diabetes mula menyerang tubuh...


Jadi bagi korang yang suka tidur lewat, berpada-padalah....Kasihanilah tubuh anda..


4 comments:

  1. bahaya nie...thanks info bro..

    ReplyDelete
  2. arra ni kurang tidur tak gemuk pun??:P

    ReplyDelete
  3. iya kah JR, kurang tidur juga ni, terutama waktu petang, dulu sampai ja di rumah duduk rehat dan tertidur kat sofa, sekarang banyak kerja tak sempat nak tidur ada ja nak di buat

    ReplyDelete
  4. btol2.dan perlu ingat,masa kita tido badan kita sbnrnya masa dia untuk "repair dan regenerate" :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....