»

10 July 2012

Catatan Terakhir Blogger Sebelum Ditembak Mati Polis Di JPM




Salah satu berita gempar akhbar-akhbar hari ini ialah kisah mamat ala-ninja yang mengamuk di pejabat Perdana Menteri (JPM) kita petang semalam. Semua orang pasti dah tau pengakhiran episod amukan ninja bertopi cap tengkorak yang menggunakan pedang samurai itu telah berakhir dengan kematiannya selepas ditembak polis.


Blogger Jaya Negara  dan rakan wanitanya cedera, dia kemudian meninggal dunia..


Rupanya ninja yang meninggal dunia kerana mengamuk di JPM dengan pedang samurai tu adalah seorang blogger yang menggelarkan dirinya Jaya Negara. Korang bacalah blognya yang entri pertamanya ialah pada 1 Jun dan terakhir 30 Jun (sempat berblogging sebulan aje). Dalam entri terakhir dia menulis tentang hidup dan mati. (Baca di sini...Tapi terus terang JR tak paham le apa yang dia nak sampaikannya, berbelit sangat. Pelik benar gaya tulisannya, semua dihentamnya..orang India dihentam, orang Pas dihentam dan Sultan Selangor (dia panggil si-Luncai) pun kena hentam.

Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan, banyak ayat Quran diselitkan dalam entrinya seperti yang korang boleh baca. Cuma kadang-kadang nampak dia seperti hilang fokus ketika menulis, seperti ada yang tak kena, seperti ada sesuatu saraf yang tak berfungsi dengan baik...


Biodata Jaya Negara dalam blognya:


Apa pun al-fatihah untuk beliau. Semoga rohnya diletakkan di kalangan mereka yang diampunkan dosanya oleh Allah. Dan semoga keluarganya dapat bersabar menerima ujian Allah ini. Al-fatihah...

4 comments:

  1. tu lah td terperasan cerita pasal mamat ni kat surat khabar tp tk amik port pun

    ReplyDelete
  2. bila ushar belog jaya tu, tak paham apo satu pon

    ReplyDelete
  3. tak ikut semua cerita ni, macam tu kah? dah ajal dia macam tu ..JR

    ReplyDelete
  4. emm... tak pasal2 mati.. polis mempertahan diri terpaksa tembak, kalau tak habis dilibasnya pedang tu.. tu la kan, nak buat sesuatu kena fikir dulu..

    semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman insyaallah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....