»

23 July 2012

Gastrik Hilang Di Bulan Ramadhan

Hari ini adalah hari ketiga Ramadhan. Alhamdulillah, segalanya dapat dijalani dengan mudah dalam menjalani ibadah ini.

Ketika JR kembara dari satu blog ke satu blog, JR menemui banyak entri mengenai ibadah puasa. Dan antara banyak-banyak entri tu, JR tertarik mengenai entri mengenai keperitan penderita-penderita beberapa pesakit kronik ketika menjalani ibadah puasa. Antara sakit yang selalu dikaitkan dengan bulan puasa ialah gastrik. Ada yang menyatakan baru dua hari berpuasa dah kena serangan gastrik. Ada pula yang bercerita kesakitan bila urat-urat perut dipulas, ditarik-tarik dan seperti nafas terhenti kerana menahan kesakitan akibat gastrik.

JR memahami erti kesakitan itu kerana JR sendiri adalah salah seorang penderita gastrik. Pernah juga sekali tu serangan gastrik yang hebat menyebabkan JR terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tapi anehnya daripada pengalaman JR, gastrik yang berlaku kepada JR cuma berlaku di bulan-bulan bukan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan, insyaallah, Allah melindungi JR dari serangan gastrik. Sejak memulakan puasa ketika di sekolah rendah hingga sudah tua-tua begini, sekalipun JR tak pernah diserang gastrik di bulan Ramadhan, alhamdulillah, tapi di bulan lain, tahan lapar beberapa jam saja perut boleh rasa nak pecah, tekak rasa loya, sakit tak terperi!! Mungkin cara pemakanan JR yang cuba mengelakkan makanan pedas dan bergas di bulan Ramadhan membantu JR mengelakkan serangan gastrik. Selebihnya, mungkin ia hikmah di bulan Ramadhan di mana Allah melindungi kita agar dapat menjalani ibadah ini dengan lancar.

Ia bukan saja mengenai gastrik berdasarkan pengalaman JR, tapi sebenarnya banyak perkara mustahil yang secara logik akal tak mungkin berlaku, tapi di bulan Ramadhan dengan izin Allah ia berlaku. Contohnya siapa boleh menjangkakan dalam Perang Badar (Ramadhan 2 Hijrah) tentera Islam yang cuma berjumlah 313 orang  tanpa peralatan perang yang hebat berupaya menewaskan tentera musyrikin Quraish yang jumlahnya melebihi 1,000 orang dengan peralatan yang dikira canggih pada zaman itu? Tapi akhirnya tentera Islam menang apabila perang itu berlaku dalam bulan Ramadhan.

Begitu juga dalam sejarah peperangan Arab-Israel,  Israel yang dibantu oleh Amerika dan sekutu Baratnya tidak pernah tewas sekali pun ketika berperang dengan negara Arab. Tapi dalam peperangan Yom Kippur pada bulan Oktober 1973 (Ramadhan 1390) buat pertama kali tentera negara Arab dapat menewaskan Israel yang dilengkapi dengan senjata yang amat canggih itu. Malah kubu Ber Lev kepunyaan Israel yang diagung-agungkan Israel sebagai kubu tercanggih di dunia yang tidak akan dapat ditewaskan oleh mana-mana kuasa dunia, akhirnya dapat ditawan oleh tentera Mesir. Yang hebatnya ialah peperangan itu berlaku di bulan Ramadhan. Ketika berperang dalam bulan-bulan lain sebelumnya, tentera Mesir tidak pernah menang, tapi bila berperang dalam bulan Ramadhan mereka menang pula sehingga Semenanjung Sinai yang dijajah Israel dapat ditawan oleh tentera Mesir yang sedang berpuasa. 

Peperangan Ramadhan 1973 itu berakhir dengan 2,688 tentera Israel mati, 700 cedera, 314 ditawan dan puluhan lagi hilang. Sebanyak 102 jet pejuang dan 1000 kereta kebal Israel juga musnah dalam perang itu.

Begitulah hebatnya Ramadhan, Gastrik di perut JR mengadakan genjatan senjata di bulan Ramadhan. Tentera Islam yang kekurangan daripada segi persenjataan pula boleh menang bila perang itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Allahuakbar!!

4 comments:

  1. Alhamdulillah..saya gastrik masa awal hamil dulu jer...mmg perit rasanya..

    semoga gastrik terus lari dr JR..nnt boleh puasa dgn aman..Insyaallah

    ReplyDelete
  2. betul tue...cr pun gastrik hilan di bulan ramadhan...kalau ikutkan memang tak boleh kalau tak makan nasi..

    ReplyDelete
  3. now this is interesting.terima kasih JR! :)

    ReplyDelete
  4. deno bila bulan puasa BP mesti rendah dan rasa sihat :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....