»

24 July 2012

Berat Badan Di Bulan Puasa: Korang Golongan Mana??

Salam Ramadhan. Sedar tak sedar dah 4 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu..

Dari pengalaman di tahun-tahun lepas, bagaimana dengan berat badan korang selepas Ramadhan berakhir? Ramai orang kata berat badan mereka turun selepas sebulan berpuasa. JR sendiri bersama keluarga setiap kali di penghujung Shaaban, menjelang Ramadhan,  akan mengukur berat badan. Mujur di rumah ada alat timbang badan elektronik, jadi mudah mengukurnya. Selepas Ramadhan berakhir kami sekeluarga akan sekali lagi menimbang berat badan. Ada yang turun hingga 5-6 kg, manakala yang lain-lain cuma turun antara 2 hingga 4 kg. Belum pernah dalam keluarga kami berat badan naik lepas sebulan berpuasa..

Mestinya berat badan turun kan, kerana yang biasanya makan 3 kali menjadi 2 kali saja ketika bulan puasa. Mengikut detikHealth kalori akan turun sekitar 20% apabila seseorang menjalani ibadah puasa. Akibat pengurangan kalori, secara automatis, berat badan juga turun sekitar 5%.


Biasanya mengikut detikHealth setelah sebulan berpuasa, orang yang memiliki berat badan 50 kg akan turun berat badan sebanyak 2.2 hingga 5 kg dan orang dengan berat badan 70 kg akan turun sekitar 3 hingga 3.5 kg


Tapi mengikut detikHealth, tidak semua orang berat badannya turun sepanjang Ramadhan, kerana cara pemakanan manusia bukan semuanya sama. Ada yang bila berbuka makan nasi bertambah-tambah, lepas tu bantai kuih 5-6 biji, hirup bubur satu mangkuk, lepas tarawih bantai lagi..bantai lagi, bila sahur pula makan bertambah-tambah, masyaallah.... 

Sebab itulah mengikut pakar pemakanan, Dr Ari Fahrial Syam dalam detikHelth, selepas sebulan berpuasa: 

a) 50-60% orang berat badannya akan turun 
b) 30-40% orang berat badannya masih tak berubah
c) 5-10% orang malah berat badannya naik

Korang golongan mana: a, b atau c???

JR alhamdulillah, setiap tahun dalam golonngan (a)!! Bila 1 Syawal kena tebuk tali pinggang sebab ukuran pinggang semakin kecil. 

Cuma lepas Syawal dengan open-house tak henti-henti, ukuran pinggang boleh berubah lagi...ihikkk...


8 comments:

  1. lucu pulak sampai kena tebuk tali pinggang...hihih

    saya mmg jenis camni...ssh nak gemuk walau makan banyak...selamat..

    ReplyDelete
  2. semaKIN KURUS ni JR. Saya jaga makan , makan secara seimbang 2 bulan lalu. nak kurangkan kolestrol..lemak ni. Alhamdulillah dah kurang. tapi pakai seliuar pi kerja banyak dah londeh2 ni.pinggang macam zaman remaja lah pula ..perut dulu adalah sikit boroi dah kempis .syukran

    ReplyDelete
  3. rasanya yang a atau b tu kot. berat susah nak naik, kalau turun tu kira biasa lah. lagi la bulan puasa.

    ReplyDelete
  4. Salam JR..

    Kakya singgah sahur. Kakya bila puasa saja, berat badan sah2 menurun. :)

    Selamat berpuasa buat JR sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  5. ala.. saya mcm c je..

    erm.. ;(

    ReplyDelete
  6. JR, saya pulak perlu naikkan berat badan walaupun puasa. Sbb dah berkongsi badan dgn si kecil. :)

    ReplyDelete
  7. hihihi cr belum timbang berat berapa...mintak2lah turun huhuhu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....