»

22 July 2012

10 Azam Di Universiti Ramadhan

2-3 hari ni JR agak sibuk, sehingga tak sempat nak kemaskini blog, juga tak sempat nak ucapkan salam Ramadhan buat semua rakan blogger yang mengenali JR. 

Kini Ramadhan dah masuk ke hari kedua. Harap masih tak terlewat untuk JR sampaikan salam Ramadhan untuk korang.

Mengikut seorang ustaz yang JR dengar ceramahnya di TV sehari sebelum Ramadhan, bulan Ramadhan adalah umpama universiti yang mendidik penganut Islam supaya lebih matang dalam menjalani kehidupan. Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya menggenggam ijazah kelas satu di penghujung Ramadhan nanti dan malanglah bagi sesiapa yang gagal menyempurnakan Ramadhan seperti yang sepatutnya...

Bagi JR setiap Ramadhan JR akan memasang impian untuk menjadikan ia Ramadhan terbaik, walaupun ia memang sukar dipenuhi. 
Untuk Ramadhan 1433 ini JR berazam untuk:

i)  Berpuasa dengan sempurna, bukan saja dari segi bilangan hari dan waktu, tapi menjaga rukun dan adab berpuasa sedaya upayanya;
ii) Berbuka puasa dengan menjamah makanan yang paling sederhana dan akan berhenti sebelum perut kenyang;
iii) Makan makanan yang disiapkan sendiri oleh ahli keluarga;
iv) Tidak menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan, kecuali dalam  keadaan yang  benar-benar kritikal;
v)  Bersahur dengan makanan yang tidak berasaskan nasi;
vi) Melakukan solat terawih dan witir dengan sempurna bukan saja dari segi bilangan hari tapi juga menjaga  ketertibannya;
vii) Membaca al-Quran setiap hari sebanyak juzuk yang terdaya;
viii) Melakukan amalan-amalan baik lain sedaya upaya.
ix) Meneruskan aktiviti riadah seperti biasa, tapi  tidak melampau mengikut kemampuan fizikal;
x) Tidak teruja untuk membuat persiapan Hari Raya yang membazir dan melampau

Itulah 10 azam JR sepanjang berada di Universiti Ramadhan 1433. Selepas memasuki hari ke-7 mungkin JR boleh menilai semula sama ada azam JR itu dapat dicapai...

Dan korang....apa azam korang di bulan Ramadhan ini???

7 comments:

  1. selamat berpuasa kepada JR skeluarga! :)

    ReplyDelete
  2. moga azam tercapai....slmt berpuasa..jr

    ReplyDelete
  3. azam l nk jumpa lailatul qadr.. amin... =) semoga kita mencapai azam2 kita ni..=)

    jom baca sebentar.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/07/panjatkan-kesyukuran.html

    ReplyDelete
  4. deno harap kekal sihat utk penuhkan puasa tahun ni... sejak sakit tak pernah penuh puasa... sedihhhh

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa JR..semoga Impian tercapai...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....