Hari ini hari kelima Ramadhan...alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Cuma yang belum lancar hingga kini ialah perut JR belum terbuka untuk menjamah nasi. Setiap kali Ramadhan setiap tahun perkara itu pasti berlaku, perut JR tak berselera untuk makan nasi. Makanan lain boleh, tapi untuk nasi tak bernafsu langsung. Bukan sengaja nak boikot nasi, tapi memang perut seperti berkata "tidak" kepada nasi tak kira semasa berbuka puasa atau ketika bersahur..
Tapi biasanya tak lalu makan nasi ini akan berakhir selepas pertengahan Ramadhan, kadang-kadang di akhir Ramadhan. Mungkin itu ujian Allah, menutup selera kita untuk sesuatu yang kita sukai pada bulan-bulan lain...
Korang bagaimana? Semoga dapat menjalani ibadah ini dengan sesempurna mungkin...
saya kalu tak makan nasi sehari...mau ketaq lutut...
ReplyDeletekurus lor jr nnt..xmkn nasi..
tabiat tak gemar nasik ni kadang-kadang memang ada dalam 3-4 kali sebulan. tapi kalau sampai seminggu (atau 2 minggu) langsung tak pernah lagi :p
ReplyDeletekenapa JR tak selera ke? atau diet. Rancang berbuka puasa terus makan nasi.Mesti ada pemanis mulut baru timbul selera.
ReplyDeleteJR mcm pregnant plak tak selera makan nasik. Hehehe. Gurau je. Patut la berat turun, rupanya sbb JR tak makan nasik.
ReplyDeleteSalam JR..
ReplyDeleteBagusnye boleh gitu. Org kata nak turunkan dengan efektif, jgn mkn nasi. Kakya kurangkan juga mkn nasi.. Tapi nasi tetap mknn utama. Hehe
kuruslah jr...4 hari tak makan nasi hihihi
ReplyDeletenasi wajib setiap hari! paling paling pun sekali laaa
ReplyDelete