JR terbaca iklan ini dalam satu blog:
Sumber iklan di sini. |
Nampak clear kan - kepala model tu bukan main lagi bertudung, tapi perut ditayang, didedah, dibogel... Gambar sebelah kiri nak tunjukkan perut pompuan tu memang boroi sebelum makan ubat kurus. Gambar sebelah kanan pula nak buktikan betapa mujarab ubat kurus yang dijual - tak lama lepas diamalkan, perut boroi jadi slim.
Isunya di sini bukan masalah ubat, kalau ada masalah ubat sila rujuk dengan Kemeneterian Kesihatan Malaysia. Isunya ialah pengiklan menggunakan perut wanita Islam sebagai objek untuk melariskan ubatnya. Tapi pengiklan ni mungkin lupa aurat wanita Islam bukan saja di kepala, tapi keseluruhan tangan hingga kaki termasuk perut. Jadi kalau dah mengaku wanita Islam bukan saja kepala patut ditutup tapi anggota badan termasuk perut juga perlu ditutup.
Iklan-iklan begini nampak macam dah melampau dan menghina. Kalau dibiarkan nanti akan keluar pula iklan tuala wanita yang menunjukkan wanita bertudung menyelak kain untuk menunjukkan cara-cara menggunakan tuala wanita, apa macam??
Yang akhbar-akhbar Melayu ni pun satu juga, asalkan pengiklan bayar, terus iklannya disiarkan di akhbar dan mengenepikan tanggungjawab agama dan moral...
malu ....
ReplyDeletehuhhh? tak tayang perut pon boley guna idea lain kan nk tunjuk langsing pon. haish
ReplyDeletemacam2 kita nampak ya hal bertudung ni. tu bergambar, kalau yang kata2 kiasan perhal bertudung macam2 juga ada JR. ialah kepala bertyudung tapi ketat sana sini. Semoga lingkungan anak2 kita isteri kita terhidar dari ni. Bahaya
ReplyDeleteni ntah sapa yang jadi project manager dia...=_='
ReplyDeletemalu pulak cr tengok iklan tue..
ReplyDelete