»

30 June 2012

Berita Baik: Tom Cruise Dah Sah Bercerai


Berita baik untuk peminat Tom Cruise: aktor kacak Hollywood itu dah bercerai!
Jadi kepada sesiapa yang ada angan-angan nak menjadikan diri sebagai girl friend TC bolehlah buat permohonan kepadanya melalui Facebook atau Twitter.

Daily Mail melaporkan, Katie Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan itu, Wolfe memberitahu majalah People masalah yang dihadapi pasangan itu sangat peribadi.
"Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi," ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.


Bagi mereka yang dah berkahwin, diharap dapat mengekalkan perkahwinan sampai ke akhir hayat. Janganlah jadi seperti sebahagian aktor Hollywood, Bollywood atau Malsiawood yang sering kawin cerai. Kesian kat anak-anak...

4 comments:

  1. berita baik kerr ?? hahahah ! bukan jodoh lettew .. tak nak la org hollywood , orang malaysia wood pown dah cukup power , hehehe ~

    ReplyDelete
  2. erk... artis kalau tak bercerai tak sah.. hadoii

    ReplyDelete
  3. perkhawinan yang penuh dengan ego,paparazi...kesian...kaya tapi tak tenang...

    ReplyDelete
  4. betul tue...dalam mempertahankan rumah tangga jangan ego dan suka mengongkong suami..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....