»

13 June 2012

Kita Bukan Tuhan



Memang ingat hari ni tak mau cakap. Bukan saja sebab hari ini hari Rabu kurang cakap (wordless Wednesday), tapi kekangan tugas akhir-akhir ini sering menyempitkan waktu untuk bercakap di dalam blog ini.

Tapi kerana ada sikit idea nak bercakap, JR bercakaplah juga sikit pagi ni. Ia bukan cerita menarik sangat, tapi kerana ramai orang tak nak bercakap hari ini, cerita tak menarik ini mungkin menarik juga kot...

Dua hari lepas di parkir Taman Rimba Alor Setar, JR didekati oleh seorang anak muda berambut panjang. Ingatkan dia nak tanya arah, rupanya bukan..

"Abang, boleh tolong sikit tak?" tanyanya. Tolong apa pula, tanya hati JR. Nak pinjam duit ke? (Sebelum ini pernah ada seorang lelaki minta duit di tempat parkir yang sama)

"Abang boleh tolong alihkan kereta. Kita nak gunakan tempat ni sekejap untuk shooting..".

Ooooo..cuma nak alihkan kereta. Memang JR dah masuk kereta pun masa tu, dah nak tinggalkan tempat ni...dah puas dah joging 6 km..

"OK, OK boleh, memang saya dah nak pergi dah ni" jawab JR "Tapi sebelum tu nak tanya sikit - nak shooting apa, drama ke atau filem?"

"Filem..." jawabnya sepatah.

"Mesti filem cinta kan..?" teka JR. Ya lah, pengarah filem dan drama Melayu mana tau buat cerita-cerita lain selain dari cinta kan?

"Tak le bang..Ini filem inde bang, filem anak muda. Filem cinta cuma sesuai untuk otai, tapi filem kami mengenai idealisme anak muda. Ini filem pertama yang macam ni di Malaysia bang, semua pelakonnya bukan pelakon bintang, kami juga tak gunakan teknik dubbing, kami rakam terus. Ia berbeza dari filem yang ada sebelum ini" panjang pula khutbah lelaki itu.

"Apa tajuk filem tu?" tanya JR.

"Kita Bukan Tuhan" jawabnya "Abang tau mengapa tajuk filem tu "Kita Bukan Tuhan"?"

"Sebab memang kita bukan Tuhan le.. kita manusia" jawab JR acuh tak acuh.


"Tapi ramai orang sekarang ingat merekalah Tuhan, bang. Mereka ingat mereka ada kuasa menentukan masa depan orang lain. Mereka ingat tanpa mereka esok kita akan mati kelaparan. Mereka ingat jika mereka tak ada lagi huru hara akan terjadi, sekolah akan tutup, hospital dan klinik tak ada ubat, bisnes pula akan  lingkup, negara muflis. Mereka ingat sapa mereka? Mereka bukan Tuhan nak menentukan masa depan kita!!"

Adehh...panjang dan bersemangat pula budak ni, orang tanya sepatah dia jawab 44 patah..Tadi cuma kata nak minta JR beredar, tapi sekarang dah buat kempen pilihanraya pulak...

JR meninggalkan tempat parkir itu. Di seberang jalan terlihat sebuah kereta putih berhenti. Dua orang pemuda kelihatan sedang bertumbuk sambil diperhatikan oleh sekumpulan orang ramai. Di hadapan mereka ada lensa kamera yang sedang mengambil gambar. Sebahagian dari penggambaran filem "Kita Bukan Tuhan" lah agaknya tu...

2 comments:

  1. Ooo... kalau mcm tu pemikiran anak2 muda kita, rasa lega la sikit saya. Ingatkan anak muda/orang muda hanya suka KPop.

    ReplyDelete
  2. fikiran anak muda zaman sekarang...anak2 cik rose tak nak j berfikiran seperti itu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....