Nampaknya musim kenduri sempena cuti sekolah bulan ni dah berakhir. Kena tunggu cuti sekolah akan datang pulak le untuk makan nasi minyak, nasi beriani dan macam-macam nasi yang kaya dengan karbohidrat dan bahan berkolestrol tinggi tu...
Masa menghadiri kenduri kahwin di musim cuti yang lalu kelihatan pengantin-pengantin baru berseri-seri saja muka mereka. Ibu bapa juga tumpang sama berseri muka mereka. Teerlebih seri sampai bila ditanya anak dapat jodoh orang mana, si-ibu dan bapa bukan saja bercerita tentang menantu mereka orang mana tapi pekerjaannya sekali. Ada yang dengan hidung kembung kempis bercerita mereka bermenantukan pengurus bank, pengarah syarikat, ketua jabatan kerajaan, ketua jurutera, doktor pakar, juruterbang, diplomat dan macam-macam lagi. Hebat-hebat sungguh menantu mereka. JR pun jika dapat menantu harap dapat yang hebat-hebat, kalau dapat kerabat (kerabat diraja) lagi bagus, hihihi!!
Tapi kadang-kadang kita tak tau latar belakang menantu kita. Ada mentua yang mendapat menantu yang memang orang baik-baik, tapi ada juga yang dapat menantu dari kalangan mereka yang kurang baik. Tapi apa boleh buat, jodoh di tangan Tuhan, kadang-kadang kita dapat yang baik, kadang-kadang dapat yang sebaliknya. Tak apa jika dapat menantu terdiri dari anak yatim piatu tak berayah tak beribu, asal jangan dapat menantu kaki penipu...
Sebenarnya mengenai penipuan ni, sapa-sapa pun boleh kena tipu. Bukan saja petani, nelayan, peniaga kecil, driver teksi yang boleh kena tipu, Yang Berhormat Wakil Rakyat, Menteri, malah Perdana Menteri pun boleh kena tipu. Dan satu lagi bukan orang Yahudi saja yang kuat menipu, orang Afrika, orang Eropah dan orang Asia tak kiralah dari Afghanistan, Pakistan, Uzbekistan dan Kazakshtan juga ramai terdiri dari penipu....

Bakal menantu PM didakwa tipu AS$20 juta
Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Menurut The New York Posthari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.
Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.
The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

(Sumber: Malaysiakini)
dunia skrg ramai yg penipu...
ReplyDeletesiapa sangka, siapa menduga~
ReplyDeleteHahaha... Penipu rupanya. Patut la saya tgk JR bold kan tulisan Perdana Menteri dgn Kazakhstan. Dah tu, anak PM yg kena tipu sebab dia yg percaya lelaki tu. PM pun tempias sekali la sbb pilihan anak dia akan jadi menantu dia jugak. Haihh.... nasib le. Jgn nanti, bila mereka dah kawen... si Daniyar ni plak masuk bertanding pilihanraya kat Malaysia. Hancur masa depan.
ReplyDeletenanti kalau ckp lebih,mcm2 kene baling balik...zzz =-=
ReplyDeletebetul aapa yg di tulis oleh Mr.Clive tue...takut nak komen lebih-lebih hihihi
ReplyDelete