Kepada blogger, kepada pemilik akaun laman sosial Facebook, Twitter dan e-mail awas kamu!! Korang berkemungkinan akan didakwa oleh kerajaan menerusi Akta Keterangan kerana menerbitkan bahan-bahan terlarang yang sebenarnya blogger dan pemilik akaun itu tak pernah menyiarkannya dalam blog atau laman sosial mereka.
Tak buat salah pun akan kena dakwa? Tapi itulah undang-undang, orang yang tak bersalah tak semestinya tak didakwa di mahkamah. Cuma bagi mereka yang kena dakwa perlulah membuktikan dia tak bersalah. Tapi jika dia gagal membuktikan dia tak bersalah (walaupun memang dia sebenarnya tak bersalah) dia akan dihukum walaupun tak bersalah.
Pelik? Memang pelik, tapi dalam undang-undang tidak ada perkara yang tak pelik. Undang-undang tetap undang-undang, sebab itulah mengikut hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, dua dari tiga hakim masuk neraka...
Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Ini semua berlaku kerana angkara penggodam yang menceroboh blog atau laman sosial kita dengan menyiarkan bahan-bahan yang bukan hasil tulisan kita. Jika bahan yang dimasukkan oleh penggodam itu bersalahan dengan undang-undang, pemilik blog dan laman sosial akan didakwa oleh Akta Keterangan kerana mengeluarkan bahan yang dilarang oleh undang-undang Malaysia. Mengikut CyberSecurity Malaysia, secara purata lapan akaun peribadi, blog dan laman web telah digodam di Malaysia setiap hari.
"Ia tidak memerlukan seorang pakar untuk menggodam ke dalam akaun peribadi seperti Facebook, Twitter dan e-mel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt-Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri. "Mana-mana orang yang celik komputer boleh belajar bagaimana untuk melakukannya."
Lapan akaun digodam setiap hari....sungguh menakutkan!! Semoga Tuhan menghindari blog dan laman sosial kita dari termasuk dalam senarai lapan mangsa yang digodam setiap hari yang akhirnya menyebabkan kita terpaksa turun naik mahkamah untuk membuktikan kita tak bersalah!!
Khamis Jun 14, 2012
Penggodam Mungkin 'Heret" Pengguna Internet Didakwa Di Bawah Akta Keterangan
PETALING JAYA: Penggodaman yang semakin berleluasa meletakkan pelbagai pemegang akaun berisiko didakwa kerana kandungan bahan dalam laman web mereka yang sebenarnya tidak disiarkan - dengan Akta Keterangan yang baru diperkenalkan yang meletakkan beban bukti ke atas mereka.
Menurut CyberSecurity Malaysia, secara purata lapan akaun peribadi, blog dan laman web telah digodam di Malaysia setiap hari.
"Ia tidak memerlukan seorang pakar untuk menggodam ke dalam akaun peribadi seperti Facebook, Twitter dan e-mel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt-Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri.
"Mana-mana orang yang celik komputer boleh belajar bagaimana untuk melakukannya."
Beliau menambah, pengguna Internet yang tidak mementingkan keselamatan akaun peribadi mereka merupakan sasaran yang paling mudah.
(Sumber: mStar)
memang bahaya....
ReplyDeleteUntuk apa mereka nak hack? Apa tujuan mereka? Dan apa yg mereka dpt kalau buat begitu? Pelik dunia ni,.
ReplyDeleteBahayanya. Tak boleh publish entry sesuka hati dah sekarang. :) Kalau kena hack lagilah bahaya sebab bukan penulisan kita, kita jugak yang kena.
ReplyDeletehal2 gini laaa yang membuat kan sangat bengang ngan loophole undang2 apa ntah gini...=_=
ReplyDeleteTakutnya...bahaya nie...
ReplyDeletebahayanya... takut pulak deno... minta kita dijauhkan dari org2 yang tak bertanggungjawab
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM ...BUAT SEMUA TERUTAMA PENGGUNA INTERNET DI LUAR SANA. PERTAMA SEKALI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KEPUNYAAN BLOG INI KERANA SUDI PERIHATIN ATAS KESELAMATAN CYBER YG AMAT PENTING UNTUK DI FAHAMI OLEH SETIAP PENGGUNA INTERNET. OLEH ITU , KEPADA SEMUA JAGALAH KATA LALUAN ANDA SEBAIK MUNGKIN DAN MEMILIH KATA LALUAN YANG SUSAH UNT DI TEKA OLEH SESIAPA.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG DI BERI ,
- LT COL ( R ) PROF DATO HUSIN JAZRI-
CEO CYBERSECURITY MALAYSIA