»

26 June 2012

Kisah Mohammed Mursi Dan Gadis Kristian


Jika korang ada baca akhbar, jika korang bukan jenis manusia yang cuma terperosok dalam tempurung, pasti korang tau seorang presiden baru telah dipilih rakyat memenangi pilihanraya Mesir. Namanya Dr Muhammed Mursi. Dia dari Parti Keadilan dan Kebebasan yang ditaja oleh Ikhwanul  Muslimin, sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam.


Dr Muhammad Mursi

Semasa zaman presiden-presiden Mesir sebelumnya, tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sering dikritik dalam media Mesir, malah ramai antaranya dipenjarakan kerana mereka memperjuangkan Islam. Semasa demonstrasi jalanan menggegar Mesir untuk menumbangkan Presiden Husni Mubarak, pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin bersama-sama rakyat menuntut perubahan. Mereka mahukan kerajaan baru memerintah Mesir, kerana kerajaan lama yang ada telah berkuasa selama 58 tahun (sejak tahun 1954) banyak melakukan kesilapan ketika memerintah.

Tapi sekarang parti Islam telah memenangi pilihanraya Mesir. Mengikut sumber yang JR baca, bukan saja orang Islam yang menyokong  Ikhwanul Muslimin, tapi orang Kristian yang merupakan sebahagian dari penduduk Mesir juga menyokong calon presiden dari Ikhwanul Muslimin.

Ada dua calon yang bertanding dalam pilihanraya itu iaitu Dr Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Dr Muhammad Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwanul Muslimin manakala Ahmed Syaffiq merupakan perwakilan dari kerajaan lama pimpinan presiden Hosni Mubarak. 

Ada satu kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir mengenai kemenangan  Dr Muhammad Mursi ini:

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yang anda akan undi? (dalam pilihanraya)” 



Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” 


Pemandu teksi bertanya “Kenapa? Dia kan dari Ikhwanul Muslimin…Saya ini seorang Muslim dan nama saya juga Mohammed.” 


Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” 


Si pemandu teksi hairan mengapa orang Kristian juga mahu mengundi Parti Islam dan berkata: “Bukankah Shaffiq  akan membenarkan Injil diajar dalam buku pelajaran sekolah dan menghapus ayat-ayat Al-Quran? Mengapa tidak menyokong calon yang tidak suka kepada Islam?"

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya sendiri?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara pemimpin-pemimpin Ikhwan ketika itu dipenjarakan….Ketika ramai demonstran dibunuh tentera dan polis Mesir, Shaffiq menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, sementara pemimpin-pemimpin  Ikhwan ada bersama para demonstran atas jalanraya."
 



Kelu lidah pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian itu dan akhirnya hatinya terbuka untuk turut sama menyokong Dr Muhammad Mursi.


Bila Dr Muhammed Mursi menang jawatan Presiden Mesir dia telah membuat ucapan yang hampir menyerupai ucapan Saidina Abu Bakar As-Sidiq bila dia dipilih sebagai Khalifah Islam yang pertama:"....taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku."


Petikan ucapan Mursi selepas diisytihar menang:
"Wahai sekalian penduduk Mesir. Kalian telah meletakkan bebanan yang cukup berat di atas belakangku. Aku bukanlah manusia terbaik untuk memegang jawatan ini... Namun aku akan 
berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk memenuhi segala janjiku. Semua rakyat mempunyai hak yang sama. Adapun bagiku tiada apa-apa hak. Yang ada hanyalah tanggungjawab...

"Bantulah aku untuk menegakkan keadilan di kalangan kamu. Tolonglah aku selagi mana aku mentaati Allah dalam menguruskan kamu. Jika sebaliknya dan jika aku derhaka kepada Allah serta aku tidak konsisten dengan apa yang aku janjikan, ketika itu tidak perlu lagi kalian taat kepadaku."


Pernahkah pemimpin-pemimpin kita dalam sejarah Malaysia bila menang pilihanraya menyeru rakyat jangan mentaati mereka jika mereka tidak melaksanakan amanah Allah? Rasanya tak pernah!!! Ramai yang begitu taksub pada kuasa dan terlupa bahwa kuasa di tangan mereka adalah amanah Allah dan rakyat...

Maaf jika entri kali ini agak berat...masuk topik politik sikit. Ramai yang tak suka sentuh topik politik, JR pun begitu...tapi sesekali perlu juga kita keluar dari tempurung ini.....

5 comments:

  1. Tahniah kepada Dr Mohd Mursi...
    semoga mendapat membawa 1 pembaharuan @ kelainan dalam Islam dan seluruh dunia.
    AMIN~.

    ReplyDelete
  2. Saya di antara orang yang boleh layan cerita politik. Sbb kalau diikutkan, Islam dan politik tak dapat dipisahkan. Saling berkaitan.

    Ucapan Md Mursi itu sangat memberi inspirasi. Harap2 Mesir akan berhenti daripada menjadi sekutu US dan Yahudi seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Memang tidak ada yang begitu di malaysia, baik di kl, kota baharu atau alor setar....

    ReplyDelete
  4. inilah contoh pemimpin yang tau apa dia cakapkan,hala tuju dan bukan menggunakan topeng untuk mencapai matlamat politik.

    ReplyDelete
  5. Sokong dengan Clive...Politk sekarang macam2 untuk mencapai matlamat mereka...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....