Dah beberapa hari JR berehat dari menulis di blog buruk ini. Bukan apa, seperti biasa agak sibuk kebelakangan ini dan ia membataskan waktu untuk JR menulis.
Hari ni JR nak menulis entri mengenai artis. Korang pasti minat dengan cerita-cerita artis kan?
Masih ingat dengan pelakon Abby Abadi? Kan tak ingat pula kan, Abby Abadi yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas tu la. Abby Abadi janda kepada pelakon bernama Norman Hakim tu la..Dah lama sangat rasanya tak nampak Abby berlakon di TV kan?
Anak perempuan JR masa kecil dulu sangat minat dengan Inspektor Aliza, kalau orang tanya bila besar nak jadi apa, dia akan jawab "jadi Inspektor Aliza!!". Anak JR ketika itu sangat minat dengan uniform dan topi polis Inspektor Aliza yang digayakan oleh Abby Abadi.
Tapi itu Inspektor Aliza di zaman dulu, zaman primitif... Inspektor Aliza atau Abby Abadi kini tak menampakkan rambutnya yang menawan itu lagi. Dia sekarang dah dibuka hidayah oleh Allah untuk bertudung dan kemanisannya semakin terserlah selepas mengenakan tudung..
Masa berjoging semalam JR ternampak pasal iklan Inspektor Aliza...err...Abby Abadi ni dilekatkan di beberapa batang pokok sekitar Jalan Sultanah, Alor Setar. Bukan iklan mengajak orang ramai menyertai polis, tapi iklan mengajak orang ramai menyertai ceramah satu parti politik yang Abby sertai. Abby pun akan hadir dalam ceramah parti politik tu dan dia juga mungkin akan memberi ceramah kerana sebelum ini pun dia kabarnya pernah berceramah untuk parti politik ini.
Tapi susah juga menjadi artis ni. Tak bertudung salah, bertudung pun salah juga. Sampai ada yang kata Abby yang telah bertudung mendapat hidayah sesat. Bertudung dikatakan mendapat hidayah sesat, jika tak bertudung mendapat hidayah apa pulak?
Masa ni Abby tak sesat...mungkin kerana dia belum menutup aurat dia tak tersesat?
Bila dah bertudung dan menutup aurat dia dikatakan tersesat pulak....
Dan di bawah ini adalah rintihan Abby dalam twitternya yang ternyata kesal bila dia dituduh mendapat 'hidayah sesat':
Itulah rintihan Abby...Dulu semasa dia tak bertudung dan bersama BN, dia tak dituduh pula sesat walaupun tak bertudung. Bila dia bertudung dan ikut Pas dia dituduh sesat pula.
JR tak mau komen apa-apa tentang hal-hal politik, kerana JR bukan ahli mana-mana parti politik pun.. JR juga tak faham tentang makna 'hidayah sesat', kerana setahu JR 'hidayah' itu cuma datang dari Allah dan ajaran Allah tidak pernah sesat sedikit pun. Yang sesat ialah bisikan dan rasukan iblis, dan bisikan dan rasukan iblis bukanlah satu hidayah...
Astaghfirullahalazim.....
Pelik kan JR? Bila tak bertudung org tak kata apa pun. Bila dah bertudung, bleh plak kata sesat. Sama mcm saya.. Masa dulu keluar pegi shopping mall sampai lewat malam, org buat biasa je. Tapi bila pegi kelas agama sampai lewat malam, org pertikaikan...kelas agama apa sampai lewat malam? Haihh... pelik.
ReplyDeletehish! macam-macam!!! sabar je la abby... semua itu dugaan..
ReplyDeleteYg tak sesat tu ialah org2 mcm Datin Seri Rosmah yg dah jadi hajah pun masih tak menjaga auratnya...
ReplyDeleteKpd Abby, syorga itu indah dan tiket ke syorga bukanlah murah, ia penuh dugaan dan godaan...
Pertamanya Syukur ALHAMDULILLAH.
ReplyDeleteseorang artis lagi telah dibukakan pintu hidayahnya untuk mengenakan tudung bagi menutup aurat rambutnya dan berharap dapat menjaga diri daripada perkara yang tak elok.
keduanya, inilah akhir zaman yang kita sendiri sangat takut..dan juga yang paling kita takut apabila berlakunya fitnah..kerana umumnya kita sendiri ketahui antara fitnah yang paling besar yang pernah berlaku apabila Khalifah Uthman difitnah..dan kita mintak dijauhi dari fitnah akan datang iaitu dari Dajjal..
cumanya sebagai seorang Islam, kita seharusnya respect dan menghargai rakan kita yang telah ubah kepada yang buruk kepada yang baik..Jangan dituduh bukan2x...
Ini kerana hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui segala, kita tau ke?. Fikir2xla sendiri..
الله أكبر
JR bukan ahli mana-mana parti .....? He he he
ReplyDeletePernah dengar artis cipta sendiri'kata orang' untuk dapat publisiti....?
mulut yang bercakap,seperti internet,tak akan bertapis dan ikut sedap lidah dorang jer... :)
ReplyDeleteMemang pelik....Mungkin PAS raikan beliau kot...tue yg timbul isu begitu..
ReplyDelete