»

26 June 2012

Bila Anak Maki Ibunya "Haram Jadah"

JR pernah sentuh kisah ini dalam blog ini pada awal bulan lepas. Korang boleh baca entri JR tu di sini.

Hari ini JR terbaca berita mengenai hal ini sekali lagi dalam sebuah akhbar online. Beritanya begini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.


Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu.


 


Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut (haram jadah) diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu.


Jelas Dr Mohd Hatta,apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan.


"Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda.


Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah.


"Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda.


"Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya.


Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.
(Sumber: HD)

Tiba-tiba JR terbayang apa akan terjadi jika berlaku senario sebegini:

Senario 1: Seorang murid mengadu kepada bapanya guru matematik telah memakinya sebagai "budak haram jadah". Bapa murid itu yang marah pergi mengadu kepada Guru Besar sekolah. Guru Besar sekolah pula meminta penjelasan guru matematik mengapa dia memaki muridnya "haram jadah". Dengan selamba guru itu menjawab:

"Salahkah saya panggil budak tu "haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", mengapa pula saya tak boleh mengikut jejak langkah Perdana Menteri kita yang bijaksana itu?"

Senaro 2: Seorang kakitangan kerajaan membuat surat aduan kepada  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  kerana  Pengarah Jabatannya memakinya di hadapan staff lain sebagai "pegawai haram jadah". JPA telah menulis surat kepada Pengarah Jabatan tersebut meminta penjelasan mengapa dia memaki pegawainya dengan kata-kata "haram jadah". Pengarah Jabatan dalam jawapan bertulisnya kepada JPA menyatakan:

"Salahkah saya panggil pegawai bawahan saya "pegawai haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", salahkah jika saya mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang saya sanjungi itu?

Senario 3: Seorang murid darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah dimarahi oleh ibunya kerana malas belajar, sedang peperiksaan akan menjelang dua bulan lebih saja lagi. 


Tiba-tiba si-anak menjawab "haram jadah" kepada ibunya. 


Si-ibu yang naik angin apabila dimaki "haram jadah" oleh anaknya cuba memukul anaknya. Tapi anaknya dengan selamba menjawab:

"Sabar mak...jangan pukul saya. Salahkah saya panggil mak "haram jadah"? Perdana Menteri pun panggil rakyatnya "haram jadah", tak bolehkah saya mengikut jejak langkah Perdana Menteri yang merupakan idola saya itu?"

Kata pepatah Melayu: 
Bapa borek anak rintik
Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.


Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga 
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Budi Bahasa Budaya Kita

5 comments:

  1. Buat apa nak paksa dia mintak maaf kalau permohonan maaf dia itu tidak sepenuh hati. Dengar ceritanya, ucapan PM yg keluar TV hanya keluar yg baik2 saje. Yg maki2 hamun tak keluar TV.

    ReplyDelete
  2. Hurmm..
    Xdpt nak sentuh soal politik walaupun ianya melibatkan tata susila Dan kesopanan.

    ReplyDelete
  3. level intelektual...budi bahasa...mana hilang?

    ReplyDelete
  4. Perkataan tersebut tak keluar pulak tvkan..cover line...Kadang2 menyampah gan isu politik nie...Suka mahathir...

    ReplyDelete
  5. politik , biasalarr ........

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....