Sempena demam bolasepak Euro 2012, JR nak kongsi dengan korang beberapa maklumat mengenai pemain bolasepak ternama dunia yang beragama Islam.
Antara pemain-pemain bertaraf dunia yang amat JR minati sejak dulu ialah Robin Van Persie pemain Holland yang bermain dengan kelab Arsenal itu. Malangnya awal pagi tadi pasukan Holland telah tewas 2-1 ditangan Jerman, kekalahan kali kedua selepas kalah kepada Denmark 1-0 sebelumnya.
Kesian Van Persie!!
Minat punya minat dengan Van Persie, suatu fakta yang baru hari ini JR ketahui ialah Van Persie rupanya beragama Islam. Huuuhhh..kata minat Van Persie, tapi tak tau pula dia saudara seagama kita, ketinggalan zaman betul JR nie!! Isteri Van Persie ialah Bouchra, seorang wanita Arab Maghribi dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Shaqueel yang dilahirkan pada 16 November 2006. Apa makna Shaqueel JR tak tau, mungkin kena tanya Van Persie sendiri atau mereka yang fasih berbahasa Arab boleh menjelaskannya.
Sebelum ini JR cuma tahu beberapa pemain yang bermain dalam Euro 2012 seperti Samir Nasri, Frank Ribery, Mesut Ozil, Samy Khadeira, Khalid Boulahrouz, Karim Benzima, Ibrahim Affelay dan Zlatan Ibrahimovic saja beragama Islam, rupanya ramai lagi yang beragama Islam.
Diringkaskan cerita, di bawah ini adalah antara nama pemain bolasepak terkenal dunia yang beragama Islam yang JR copy dari blog http://www.longhaffiz.com. Ia sebenarnya senarai pemain popular dunia yang beragama Islam yang brmain di kelab-kelab terkenal Eropah dan tak semua mereka bermain dalam Euro 2012, kerana ia juga termasuk pemain bolasepak yang berasal dari benua Afrika dan Asia:
>Yerp! Robin van Persie nie beragama Islam<
>Frank Ribery pergi haji di Mekkah : aku pun tak sampai lagi<
>Nasri dan Anelka tengah berdoa sebelum start match Perancis<
English Premier League : Memang ada ramai benar pemain beragama Islam kat EPL kalau korang semua nak tahu; terutamanya pasukan Arsenal. Antara yang korang mungkin kenal adalahRobin van Persie, Abou Diaby, Marouane Chamakh dan Bacary Sagna : semuanya pemain Arsenal. Selain itu bekas pemain Arsenal seperti Emmanuel Ebou, Samir Nasri danKolo Toure pun Islam jugak tau. Antara pemain top muslim lain yang masih dan pernah bermain di EPL adalah Edin Dzeko, Nicholas Anelka, Salomon Kalou, Yaya Toure, Armand Toure, Djibril Cisse, Khalid Boulahrouz, Hatem Ben Arfa, Demba Ba, Moussa Dembele,Sulley Muntari, Abel Xabier,Diomansy Kamara, El Hadji Diouf dan Fabio Aurelio.
Spanish La Liga : Selain daripada EPL, ramai jugaklah pemain Islam yang bermain untuk pasukan ternama di Sepanyol dan paling awesome : di dua kelab utama yakni Real Madrid dan Barcelona. Antara pemain Islam untuk Real Madrid adalah Karim Benzema, Mesut Ozil,Lassana Diarra, Mahmadou Diarra, Nuri Sahin dan tak ketinggalan : Zinedane Zidane. Barcelona pun ada pemain muslim jugak dan antaranya adalah Ibrahim Afellay, Erik Abidaldan juga ex-player : Lilian Thuram. Tapi antara ramai-ramai nie, bagi aku yang paling awesome adalah Frederik Kanoute. Dia pernah pakai baju Palestin masa score goal dan bina masjid guna duit sendiri tau. Awesome kan?! Oh ya, tak ketinggalan jugak pemain Sevilla :Arouna Kone.
>Frederik Kanoute : pemain Islam paling awesome aku rasa<
>Karim Benzema : Nama pun dah macam melayu kan?!<
>Hero terbaik mestilah Mesut Ozil : Yeehaa!!<
Sepanjang aku buat research untuk entri nie, ramai jugaklah pemain-pemain Islam lain yang aku baru tahu. Antara yang paling mengejutkan aku adalah bekas penyerang Brazil yang bermain untuk Manchester City yakni Fred. Selain itu goalkeeper utama Korea masa World Cup 2002 dengan World Cup 2006 yakni Lee Woon Jae pun Islam jugak. Selain daripada mereka, antara pemain Islam lain adalah Frank Ribery, Mamadou Sakho, Hakan Yakin, Murat YakindanBruno Metsu. FYI, dalam menghasilkan list-list nie, aku tak masukkan pemain-pemain Turkey ataupun negara-negara Islam lain sebab memang confirm diorang Islam kan? Ahakz!! Oh ya, aku terjumpa artikel yang Kaka, Zlatan Ibrahimovic dengan Thierry Henry pun Islam.
memang terbaik...
ReplyDeleteMungkin org boleh pertikaikan sejauh mana pegangan Islam yg mereka bawa ni, amalkan ke tak. Tapi bagi saya, asalkan yg pertama sekali ialah keimanan mereka kepada Allah dan rasul itulah yg lebih utama. Betul tak>?
ReplyDeleteRamai gak Islam kan JR..
ReplyDeleteAkk tengah sedih lagi. Bila oranje disqualified. Malang sungguh dorang season ni :(
hee ozil..cik suke sngt.. ^^
ReplyDeleteSaya minat Mesut Ozil start dari pergaduhan ngan David Villa..
ReplyDeleteSekarang David Villa cedera.. rasanya itu balasan kot..
salam JR, dtg singgah ;]
ReplyDeleteinteresting..interesting... :)
ReplyDeleteglad to know...
malam ni portugal belanda JR! tgk x?ekekeke :P