Dah 3 hari JR tak bersiaran. Bukan saja kerana beberapa hari ni agak sibuk, tapi juga kerana ada sebab lain. Laptop isteri ada sedikit masalah, jadi JR pinjamkan laptop JR kepadanya. Kebetulan beberapa hari ni isteri agak sibuk dengan homework yang memerlukan dia sentiasa berkepit dengan laptop. Masak dengan laptop, makan dengan laptop, tidur dengan laptop...macam cerita bola pulak!!
Dan sebagai suami misali, JR pun membiarkan dia menggauli laptop JR sesuka hatinya...
Suami misali? Memang perasan benar jika JR mengaku sebagai suami misali. Memang ada seorang rakan JR di ofis lama yang selalu perasan dirinya suami misali. Cuma kerana dia pandai menukar lampin baby, pandai buat susu untuk baby, itu sudah dikiranya sebagai suami misali, jenaka betul!
JR juga melakukan apa yang suami lain lakukan: menukar lampin baby, membuat susu untuk baby (terutama di waktu malam ketika isteri sedang nyenyak tidur) dan jika anak demam JR lah yang menemani anak, semalaman tidak tidur nyenyak, mengelap tubuhnya dengan tuala basah. Segalanya dilakukan kerana kasihan kepada isteri yang keletihan kerana dia juga seperti JR ada kerjaya sendiri.
Jadi layakkah seseorang itu seperti rakan JR menggelarkan dirinya suami misali jika suami lain juga melakukan perkara yang sama sepertinya?
Seperti JR, pasti tak layak JR digelar suami misali hanya kerana boleh menguruskan baby (kecuali memberi susu badan, kerana payudara JR tak mengeluarkan susu!!). Layakkah JR digelar suami misali hanya kerana setiap hari JR bangun pada sekitar jam 5.00 hingga 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan anak-anak ke sekolah, setiap hari mengemas rumah, cuci bilik air, membasuh pinggan mangkuk di dapur, membasuh pakaian anak isteri, menyidai pakaian mereka dan strika pakaian anak-anak untuk ke sekolah? Pasti tak layak kerana suami lain juga pasti melakukan perkara yang sama.
Zaman ini zaman isteri berkerjaya, jadi apa yang dulu ibu kita lakukan, kini suami juga melakukan perkara yang sama seperti isteri zaman dulu lakukan. Kalau dulu ada suami yang malu jika kelihatan menyidai pakaian keluarga di ampaian, sekarang ia perkara biasa. Zaman suami pulang rumah baca akhbar sambil menggoyang kaki telah berlalu. Seperti JR yang memulakan rutin harian dengan menyediakan sarapan untuk anak-anak, kemudian membangunkan isteri dan anak-anak dari tidur, menyidai pakain yang dibasuh semalam di ampaian, malam pula membantu isteri di dapur sambil membasuh pinggan mangkuk serta pakaian dan menutup rutin harian dengan menstrika pakaian sekolah anak-anak, ia adalah perkara biasa untuk seseorang suami moden lakukan.
Jika korang adalah seorang suami, pasti korang juga melakukan rutin harian sama seperti JR lakukan di rumah. Jika korang seorang isteri, pasti suami korang juga melakukan rutin harian yang sama seperti JR lakukan. Jika korang seorang anak, pasti korang juga melihat bapa korang melakukan perkara yang sama seperti JR lakukan. Itu adalah perkara biasa yang suami lain juga lakukan di dunia ini ye tak? Dan suami yang melakukan duty harian biasa-biasa sebegitu memang tidak layak dipanggil suami misali kerana itu adalah sebahagian dari duty harian seorang suami di zaman serba canggih ini...
Mungkin dengan mengaku sebagai suami mithali itu, dengan secara x langsung memotivatekan dirinya.
ReplyDeleteHahaha. Suami oh suami !
Bagi saya JR suami misali. Mmg la skrg bukan zaman suami balik rumah baca paper. Tapi tak ramai yg macam JR. Suami saya setakat ni agak misali. Cuma skrg ni blum ada anak. Harap2 kalau ada anak nanti pun dia macam JR. Hehehe. *isteri dia ni selalu culas.
ReplyDeletetapi kalau nak berusaha ke arah itu,apa salahnya menggelar diri sebegitu? :)
ReplyDeleteJR suami yang setailo! respect! hoho
hehehe...suka dengan suami yg suka menolong isteri di dapur dan menjaga anak2...baguslah JR...memang suami misali...
ReplyDelete