»

26 June 2012

Pandai Juga Nurul Wahab Berdakwah...

Kadang-kadang malas sangat le JR nak tulis pasal artis-artis kita ni. Bukan pasal apa, kadang-kadang rasa meremang bulu tengkuk bila membaca kisah mereka. Kadang-kadang pula rasa nak telan panadol 4 biji kerana tekak rasa loya satu macam lepas baca perihal kehidupan mereka. Tak nak baca dah bahan bacaan ada depan mata, bacalah jugak...

Tapi bila artis-artis ni dah pandai cakap soal hukum agama, cakap tentang Quran dan hadis, cakap tentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w, cakap tentang tanggung jawab sebagai seorang Muslim sedang orang yang bercakap itu sendiri pakai baju macam tak cukup kain, terselak sana terselak sini, hmmm...terpaksalah komen juga... 

Macam berita yang keluar dalam mStar hari ni:


Nurul Wahab Tidak Jahil Ajar Suami Tentang Islam
Nurul Wahab. RAJA FAISAL HISHAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab menegaskan dia bukanlah manusia yang terlalu jahil tentang agama Islam sehingga tidak mampu untuk membimbing suaminya, Eric Daniel Depp, menjadi Muslim sebenar.
Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 35, berkata, walaupun pada luaran penampilannya dilihat moden, namun dia tahu tentang tanggungjawab untuk mendidik suaminya yang berasal dari Perancis itu.
"Jangan ingat luaran saya berimej moden dan saya tidak tahu apa-apa tentang agama yang dianuti. Saya tidak perlu menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa kerana ia adalah di antara saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
"Lagipun, untuk membimbing seorang mualaf mengenali Islam bukannya boleh dibuat dalam masa sehari. Nabi Muhammad S.A.W pun mengambil masa lama untuk menyebarkan agamanya," katanya yang ditemui pada pelancaran duta produk kecantikan Skinz Infinate di Flora Terrace, di sini, petang Isnin.
Nurul dan Eriq Depp
Nurul diminta mengulas kononnya dia gagal membimbing suaminya yang baru memeluk Islam untuk menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ilmu-ilmu agama itu.
Tambah Nurul, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam membimbing hal-hal agama terhadap suaminya yang berusia 47 tahun itu dan berharap isu suaminya tidak diberi pendedahan Islam sewajarnya tidak lagi timbul.
"Mujurlah Eriq seorang yang begitu positif dalam memandang kehidupan dan isu-isu sebegini tidak mengecilkan hatinya pun. Setakat ini dia faham dengan amalan harian yang saya lakukan iaitu menunaikan solat lima waktu serta mengaji kitab Al-Quran.
"Kita tidak boleh terlalu memaksa kerana dia juga mempunyai pegangan agama lain sebelum ini, cuma untuk berubah arah semua itu perlu dibuat perlahan-lahan," tegasnya.
(Sumber: mStar)
Bagi JR berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam adalah satu perjuangan dan cabaran besar. Bukan semua orang boleh melakukannya kerana kita memegang amanah besar dari Allah untuk membimbing pasangan kita mengamalkan ajaran Islam. Jika kena gayanya memang seseorang yang berkahwin dengan pasangan yang asalnya bukan Islam akan mendapat pahala yang sangat besar kerana berjaya membimbing pasangannya mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Bayangkan jika seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang asalnya bukan Islam dan kaki botol, tapi lepas berkahwin suaminya bertukar menjadi seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, berpakaian seperti orang Islam, dirinya sentiasa  dekat dengan masjid, malah dia mampu mengimami solat berjemaah, alangkah besar pahala wanita yang mengahwini lelaki itu.

Tapi bagaimana seseorang itu nak membimbing orang lain jika diri sendiri pun tak terbimbing? Jika diri sendiri lintang pukang dalam soal pakaian dan aurat bagaimana nak membimbing orang lain berjalan betul bersandarkan ajaran Islam? Itu baru soal pakaian dan aurat, belum masuk bab ibadah lagi..

Rasanya tak perlulah seseorang itu bandingkan dirinya dengan Nabi dalam urusan berdakwah ni, kerana kedudukan kita (termasuk JR sendiri pun) jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Nabi. Jika sunah Nabi yang paling mudah dan basic pun, misalnya soal aurat tak berjaya dipatuhi, tak  payahlah bercakap soal dakwah,  lebih baik diam aje. 

Wartawan memang suka tanya macam-macam soalan kepada selebriti bila diwawancara. Tapi bila jawapan yang diberi hanya menunjukkan kedangkalan ilmu kita, lebih baiklah jangan jawab soalan wartawan. Orang putih pun dah kata silence is golden, silap-silap cakap  nampak macam lawak bodoh le pulak.....

8 comments:

  1. Hanya Allah yang maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. emmm... ayat last tu deno setuju sgt!

    p/s: terima kasih atas komen2 JR di blog deno.. sungguh menyentuh perasaan.. terima kasih JR :)

    ReplyDelete
  3. untuk elakkan terngumpat beliau, saya tak mo bace atikel yg berkenaan.. :-)

    ReplyDelete
  4. Erm.... Betul ke faham tentang Islam dia ni? Aih... entah lah... Kang tersalah cakap kang berdosa plak.. huhu.

    ReplyDelete
  5. kerana latar belakang saya merupakan seorang kristian dan dikalangan ahli keluarga saya ada yang telah memeluk agama Islam, jadi saya boleh relate kepada isu begini...dan saya boleh cakap, perjalanan saudara dan adik beradik saya yang memeluk agama Islam sangatlah interesting.

    dan bercakap tentang isu agama, tanpa disedari, kita mempunyai lebih ramai atheist daripada yang beragama sekarang...dan beragama hanyalah kerana itu lah yang mainstream dan dilahirkan dengan agama tersebut.seolah-olah mcm melayan kelab bola sepak...itu la pandangan saya...

    ReplyDelete
  6. Betul tue jR..kita tunggu dan lihat...Allah itu Maha Adil

    ReplyDelete
  7. setuju dengan ulasan kamu , kite takleyh pandang ringan kenyataan artis nih , sebab , takut jadik ikutan , ubahlarr diri sendiri dulu baru mengubah orang laen , memang masa depan tuh milik ALLAH , tapi kiterr sebagai manusia nih adew langkah2 yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu ...

    ReplyDelete
  8. setuju ngan kata2 JR ..
    semoga allah memberikan hidayah buat mereka berdua ..
    sesungguhnya ia bukanlah mudah kerana sudah menjadi cabaran kepada mereka yg ingin membimbing mualaf ..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....