»

27 June 2012

Final Euro 2012: Italy Vs Portugal?

Bagi kaki-kaki bola pasti tak sabar-sabar menunggu dua slot terakhir yang akan menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan akhir Euro 2012. Awal pagi esok Portugal akan bertemu dengan Sepanyol. Awal pagi Jumaat pula Italy akan bertemu Jerman.

Pasukan mana yang korang ramalkan akan bertemu di pusingan akhir Euro 2012: 
Portugal vs Jerman?
Portugal vs Italy?
Sepanyol vs Italy?
Sepanyol vs Jerman?


Ramai yang meramalkan pusingan akhir akan menemukan Sepanyol dan Jerman. JR juga meramalkan begitu. Sejak mula JR yakin Jerman dan Sepanyol akan ke pusingan akhir. Kedua-dua pasukan Sepanyol dan Jerman mempunyai kekuatan seimbang, rekod konsisten  dan ramai pemain terbaik dunia berkampung dalam kedua-dua pasukan.

Tapi kata orang bola itu bulat. Benda bulat tak seperti benda empat segi yang cuma akan jatuh ke satu arah saja. Benda bulat boleh bergolek dan kita tak boleh meramalkan ia akan bergolek ke arah mana. Sebab tu jangan terkejut jika pasukan favourit seperti Jerman dan Sepanyol boleh tewas kepada lawan masing-masing di separuh akhir!!

Pengendali Manchester City, Roberto Mancini juga meramalkan pasukan Italy dan Portugal akan bertemu di peringkat akhir Euro 2012.

"Ramai yang memilih Sepanyol dan Jerman beraksi pada perlawanan akhir. Itu mungkin tidak berlaku kerana saya percaya ada kejutan di separuh akhir nanti. Dalam bolasepak apapun boleh terjadi. Jadi saya fikir Portugal dan Italy akan mara" kata Mancini.

Tapi JR sendiri tak heran sangat jika Mancini pilih Italy ke peringkat akhir Euro 2012. Dia sendiri orang Italy pastilah dia mahu Italy menang ketika menentang Jerman. Kalau tanya pengendali Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal pun dia akan kata Malaysia mampu menewaskan Jerman jika bermain bersungguh-sungguh!!! (Jangan ketawa!!!)

4 comments:

  1. agak muak tgk spain asyik menang...jadi kali ini mengharapkan portugal menang!hahah XD

    ReplyDelete
  2. tak ada port sangat pasal bola hihihi

    ReplyDelete
  3. hihihihi ~ bukan spain portugal dah kalah kerr ??

    CP tak ikut perkembangan euro nih , taw2 cmtuh jerr , hehehe ~

    reply komen CP nih , nanti CP datang lagik , hehehe ~

    lagik satu , CP follow sini :D

    ReplyDelete
  4. x suke tgk bola kecuali piala dunia tu punn sbb suke sokong brazil ekke ;)

    salam kenal .. I dtg dari blog Che rosss ;))

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....