Petang semalam JR pergi ke bengkel kereta kerana Hyundai milik JR selsema sikit. Nasib baik tak banyak kereta di bengkel. Lagi pun pemiliknya rakan JR sendiri, mudahlah berurusan. Kos pembaikan pun dia pakai lebih kurang saja.
Setibanya di situ kawan JR yang menjadi pemilik bengkel itu sedang membelek injin sebuah kereta Vios berwarna hitam. JR nampak pemilik bengkel sambil membelek sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aiii...apa kena, leher dia bermasalah ke?
"Awat (mengapa) dok geleng-geleng kepala tu?" tegur JR.
"Teruknya...semuanya kering..air radiator kering, air bateri separuh kering dan minyak enjin pun dah nak kering. Silap-silap boleh terbakar kereta ni" rungut pemilik bengkel.
"Sapa pemiliknya?" tanya JR berbisik.
"Tu...pompuan yang pakai baju merah tu" kata pemilik bengkel juga berbisik sambil matanya menjeling ke arah seorang pompuan cantik (Melayu) yang sedang duduk atas kerusi membaca akhbar.
"Pompuan memang macam tu.." tiba-tiba sampuk seorang lelaki separuh umur yang juga datang untuk membaiki keretanya. "Isteri saya tak pernah sekalipun seumur hidupnya mencuci kereta miliknya. Sayalah yang mencuci dan memastikan enjinnya OK. Yang dia tau cuma start kereta dan tekan minyak.."
Tiba-tiba JR teringat isteri JR. Suatu hari isteri menaiki kereta untuk makan kenduri dengan dua rakan wanitanya. Lepas makan kenduri dia balik ke rumah. JR pula lepas tu nak menggunakan kereta yang sama untuk pergi ke kedai. Tapi belum pun jauh dari pintu pagar rumah, kereta rasa sangat berat semacam dan sterengnya seperti tak stabil. Eh, apa jadinya, detik hati JR.
JR turun dari kereta dan tiba-tiba ternampak tayar kereta hadapan sebelah kanan dah pancit habis. Patutlah berat semacam!! Yang herannya bagaimana isteri JR sebentar tadi menaiki kereta pergi makan kenduri tanpa menyedari angin sudah tak ada langsung dalam tayar? Tak rasa apa-apa ke?
Bila ada wanita yang kurang peduli tentang keperluan kereta yang dinaikinya, ia sebenarnya disebabkan apa? Bolehkah kita katakan pompuan yang tak pernah mencuci keretanya sendiri, tak ambik tahu keadaan radiator, minyak enjin, air bateri, angin dalam tayar dan lain-lain menunjukkan wanita itu memang "pemalas" jika ia berkaitan kereta? Atau mereka bukan pemalas tapi cuma tak peduli sangat dengan "kesihatan" kereta, kerana bagi mereka yang penting start enjin, masuk gear, tekan minyak dan jalan.....
Sebenarnya sikap tak pedulikan "kesihatan" kereta bukan saja wujud di kalangan wanita kerana lelakipun dua kali lima juga. Misalnya adik lelaki isteri JR ada kereta tapi tak pernah sekali pun JR nampak dia mencuci kereta dengan menggunakan tanganyan sendiri.
seksi tul pom tu.tu sekadar hiasan ke apa?sorry sy cuma singgah sini je..
ReplyDeleteKalau saya, sebab saya malas. Hehehe. Tapi mcm air ke minyak enjin tu dulu sebelum kawen saya sendiri yang amik tau. Servis ikut time. Skrg dah kawen, suami la fikir benda2 tu. Hahah.
ReplyDeletememang kita org pompuan kene amik tahu ni.. kebetulan pula smlm abah baru ckp.. hehe
ReplyDeletehahah selalu nya mmg mcm tu lah.....hehehe org pompuan jgn marah ye...
ReplyDeletetersenyum ja baca entry nih
ReplyDeleteanis pun baru kena bebel dgn kwn..
dia ckp anis xpena amek tau pasal keta anis,men naik ja...huhuh
bkn malas tp ntah la... =D
err..err..
ReplyDeletebolat amek tahu ! ekekekek
hahaha...perempuan tahu driver jer..janji kereta gerak..
ReplyDelete